Pengguna bimbang ‘made in China’, Tesla hanya jual sebuah EV di Korea Selatan

461

Tesla Inc. menjual hanya satu kenderaan elektrik (EV) di Korea Selatan bulan lalu susulan pelbagai isu yang timbul bermula daripada kebimbangan keselamatan, harga dan kekurangan stesen pengecasan.

Ia merupakan jualan Model Y terburuk sejak Julai 2022 buat Tesla. Pada Disember tahun lalu Tesla menjual 1,022 kenderaan dan hanya merekodkan jualan sebuah kenderaan pada Januari. 



Model Y buatan China, tidak seperti model keluaran pasaran lain yang mana ia menggunakan bateri litium iron phosphate (LFP).

INSENTIF

Walaupun lebih murah daripada Model Y buatan Amerika, kerajaan Korea Selatan baru-baru ini melaksanakan peraturan baharu sekaligus menjadikannya sedikit mahal untuk layak mendapat pelepasan cukai penuh.

Bahkan, bilangan EV baharu yang didaftarkan di Korea turun 80 peratus pada Januari berbanding Disember, menurut data Carisyou.

Menurut Ketua Institut Teknologi Penumpuan Automotif Jeonbuk, Lee Hang-Koo kebanyakan pengguna awal telah membeli EV dan pengguna pasaran massa mengambil pendekatan tunggu dan lihat. 

“Kebanyakan rakyat Korea yang ingin membeli kereta Tesla sudah beli satu.

“”Populariti Tesla juga terjejas kerana hubungannya dengan China, segelintir yang tidak menyukai Tesla baru-baru ini selepas mendapati ia buatan China kerana bimbang tentang kualiti,” jelasnya.

Jualan EV Korea juga dipengaruhi perubahan permintaan yang bermusim. Ramai pengguna menangguh pembelian kenderaan pada Januari kerana menunggu pengumuman subsidi daripada kerajaan.

INSIDEN KEBAKARAN EV

Ioniq 5 terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Korea Selatan

Selain insentif, penyumbang lain adalah kebimbangan keselamatan bateri buatan China telah meningkat susulan beberapa insiden kebakaran. 

Walaupun kajian menunjukkan kebimbangan kebakaran EV adalah tidak seimbang namun masih menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna.

Terdapat 132 kebakaran disebabkan oleh EV di Korea Selatan pada separuh pertama 2023, berbanding 4,000 kebakaran setiap tahun untuk kenderaan pembakaran dalaman. 

STESEN PENGECASAN MASIH SEDIKIT

Di samping itu, kurangnya kemudahan stesen pengecasan juga mengekang kepada pembelian EV serta polisi mengehadkan pemasangan pengecas di ruang bawah tanah dan  kemudahan parkir bawah tanah.

Negara ini juga menghadapi kekurangan stesen pengecasan pantas. Walaupun Korea Selatan mempunyai bilangan pengecas tertinggi bagi setiap pemandu di dunia, kira-kira 90 peratus daripadanya adalah pengecasan perlahan.

Pada masa yang sama, negara itu juga mencapai banyak kemajuan dalam menukar armada traknya kepada kuasa elektrik, bermakna pemandu perlu menunggu lama untuk pengecasan. 

 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here