Terperangkap dalam kereta dengan ahli keluarga yang maut, Hind Rajab merayu diselamatkan

307

“Saya sangat takut, tolong datang,” ini antara kata-kata terakhir Hind Rajab ketika panggilan telefon dengan pasukan penyelamat apabila kereta dinaiki diserang di G4z4.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu bagaimanapun dijemput tuhan ketika menunggu diselamatkan Pasukan Bulan Sabit Merah P4lestin (PRCS).

TRAGEDI 29 JANUARI

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by PalestineRCS (@palestineredcrescent)



Tragedi itu berlaku pada 29 Januari, ketika Hind bersama bapa saudara, ibu saudara dan sepupunya melarikan diri. Kereta mereka diserang ketika menghampiri tentera Israhell. Manakala ibu Hind dan adik-beradiknya dilaporkan berjalan kaki.

Susulan serangan itu, Hind yang terperangkap dalam kenderaan bersama saudara yang maut menghubungi PCRS selama tiga jam merayu diselamatkan.

Awalnya, PRCS bercakap dengan sepupu Hind berusia 15 tahun, Layan Hamadeh. Layan memberitahu ibu bapa dan adik-beradiknya dibunuh.

“Mereka menembak kami. Tangki itu ada di sebelah saya,” katanya namun panggilan terputus oleh bunyi seperti tembakan.

Jurucakap PRCS, Nebal Farsakh berasa tidak berdaya kerana mereka menunggu selama tiga jam untuk mendapatkan kebenaran memasuki lokasi kejadian. 

“Kami menghubungi Kementerian Kesihatan dan mereka menyelaraskan akses selamat dengan pihak berkuasa Israhell. Kami diberi lampu hijau untuk memindahkan ambulans,” katanya.

“Mula-mula (paramedik) berkata tentera Israel meletakkan lampu laser pada mereka, kemudian kami dengar bunyi tembakan sebelum kami terputus hubungan. Ia seperti tembakan atau letupan, kami tidak pasti apa yang berlaku,” katanya. 

Selepas beberapa hari PRCS tidak mengetahui lokasi paramediknya dan Hind, lalu menyiarkan foto ketiga-tiga mereka di akaun media sosial mereka.

“Kami sentiasa panik dan ketakutan sejak 12 hari lalu. Kami tidak dapat menghantar bantuan ke kawasan itu, jadi kami tidak pasti mengenai nasib mereka. Kami tertanya-tanya sama ada mereka mati atau masih hidup,” ujarnya.

KELUARGA TEMUI HIND MAUT DALAM KENDERAAN

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PalestineRCS (@palestineredcrescent)

Namun, status paramedik tersebut diketahui selepas 12 hari ketika tentera pampers berundur dari lokasi kejadian.

PCRS berkongsi imej ambulans berkenaan yang hancur akibat dibom hanya beberapa meter dari lokasi Hind yang menyebabkan dua paramediknya, Yusuf Al-Zeino dan Ahmed Al-Madhoun syahid. 

“Pendudukan itu sengaja menyasarkan krew Bulan Sabit Merah walaupun telah mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk membolehkan ambulans tiba di lokasi untuk menyelamatkan Hind,” katanya Nebal. 

Nebal kecewa dengan kejadian yang berlaku kerana ambulans tersebut secara jelas memiliki lambang salib merah namun masih menjadi sasaran tentera pampers.

“Kami telah menunggu berjam-jam untuk jaminan akses selamat, meninggalkan Hind merayu kepada kami dan menangis mohon diselamatkan,” jelasnya.

Pada pagi Sabtu, keluarga Hind menemuinya di dalam kereta bersama keluarga yang lain di kawasan Tel al-Hawa, G4z4.

Hind dan semua orang di dalam kereta itu syahid,” kata datuknya, Baha Hamada.

Ibu Hind, Wissam Hamada, menambah: Saya akan menyoal di depan Tuhan pada Hari Penghakiman mereka yang mendengar jeritan anak perempuan saya meminta pertolongan dan tidak menyelamatkannya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here