Astra Daihatsu Motor (ADM) panggil balik Xenia (Perodua Alza) susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.
Kempen panggil balik itu melibatkan dua masalah iaitu :
- Pemeriksaan dan mengetatkan nut penyerap hentak depan melibatkan model Xenia November 2021 – September 2023
- Pemeriksaan dan baikpulih batang pintu depan bahagian kanan melibatkan model keluaran November 2022
Menurut Daihatsu Indonesia, isu nut penyerap hentak tersebut memerlukan masa 30 minit manakala pemeriksaan batang pintu depan mengambil masa tiga hingga empat jam.
Di samping itu, pemilik Perodua Alza Malaysia turut menerima surat servis pemeriksaan kualiti bagi pemeriksaan nut mounting suspensi depan bermula minggu lalu.