Toyota tangguh tuntutan naik gaji dan bonus 7.6 bulan kesatuan pekerja

1652

Toyota Motor, pembuat kereta terbesar dunia menangguhkan maklum balas permintaan kesatuan pekerjanya bagi kenaikan gaji dan bonus sekaligus menimbulkan ketidakpastian berkaitan rundingan tangga gaji baharu. 

Toyota telah lama memimpin pengurusan gaji tahunan pekerja musim bunga di Jepun dan meluluskan permintaan kesatuan pekerjanya pada hari pertama rundingan gaji tahunan dalam dua tahun lalu.

Pengerusi Toyota, Akio Toyoda

Jurucakap pengeluar kereta itu berkata perbincangan akan diteruskan ke pusingan seterusnya.



Rundingan pengurusan pekerja dijadualkan berlangsung dua kali lagi pada 28 Februari dan 6 Mac, sebelum tawaran secara rasmi kenaikan gaji tahun ini pada 13 Mac serentak dengan syarikat mewah Jepun yang lain.

Jika Toyota bersetuju dengan tuntutan kesatuan itu secara keseluruhan, ia bakal menandakan tahun keempat berturut-turut pengeluar memenuhi permintaan pekerjanya. 

Persekutuan Kesatuan Pekerja Toyota menuntut bayaran bonus bernilai 7.6 bulan gaji dan kenaikan gaji bulanan sehingga JYP28,440 (RM902) bergantung pada kelayakan pekerja.

Kesatuan buruh Jepun telah memasuki rundingan gaji tahunan 2024 dengan tuntutan kenaikan gaji lebih tinggi berbanding tahun lalu yang mana terbesar dalam lebih tiga dekad.

Banyak syarikat mewah dijangka secara rasmi menawarkan kenaikan gaji yang lumayan pada 13 Mac kepada kesatuan pekerja, diikuti firma kecil dalam beberapa bulan akan datang.

Pakar ekonomi sektor swasta menjangkakan firma utama menawarkan kenaikan gaji kira-kira 3.9 peratus, yang terbesar dalam 31 tahun. Bagaimanapun, tidak termasuk skala gaji yang diterajui pekerja senior, gaji asas yang menentukan kekuatan pendapatan dan lain-lain.

Perdana Menteri, Fumio Kishida mengharapkan rundingan untuk memacu kenaikan gaji yang mampan dan inflasi yang stabil dan menamatkan deflasi kira-kira dua dekad. 

Rundingan buruh tahun ini akan diawasi dengan teliti Bank of Japan (BOJ), yang melihat kenaikan gaji dan harga yang mampan sebagai prasyarat bagi bank pusat untuk menormalkan dasar kewangan. 

Jika pekerja berjaya memperoleh kenaikan gaji yang dijangkakan, ia boleh meletakkan dasar bagi BOJ untuk keluar daripada kadar negatifnya seawal bulan Mac atau April.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here