GWM ORA 07 buka tempahan, reka bentuk sporty

316

GMW Malaysia membuka tempahan untuk model baharu mereka iaitu ORA 07 selaku kenderaan elektrik keduanya untuk pasaran negara ini.

ORA 07 menerima perhatian yang besar dengan reka bentuk kereta sport dengan dilengkapi teknologi canggih, menjanjikan pengalaman tiada tandingan untuk pengguna Malaysia.

Untuk menawarkan pelanggan pengalaman pemilikan tanpa kebimbangan, pelanggan yang menempah ORA 07 akan menerima faedah eksklusif: 



Pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (termasuk alat ganti dan buruh).  Tawaran ini tersedia untuk masa yang terhad sahaja.

Ciri-ciri utama GWM ORA 07 termasuk:

  • ORA 07 menawan reka bentuknya yang sempurna, mengatasi semua jangkaan. Daripada lampu depan LED pintar, tingkap tanpa bingkai, bumbung kaca panoramik dan spoiler belakang elektrik adaptif, ia memancarkan keanggunan dengan mudah.
  • Ruang dalaman menggabungkan kecanggihan dengan kemodenan. Garisan premium dan bahan berkualiti tingginya mencerminkan ketukangan unggul, disertai kemudahan komprehensif yang disesuaikan untuk mencerminkan cita rasa yang arif dan tinggi.
  • Ia menampilkan motor elektrik tunggal untuk memberikan jarak 640 km dengan pacuan roda hadapan yang menyalurkan 201hp dan tork 340Nm.
  • Bagi mereka yang lebih gemar kepada prestasi, varian Performance adalah pilihan yang tepat. Dilengkapi dengan dua motor elektrik untuk pacuan semua roda, varian itu menawarkan jarak 550 km. Dengan output 402hp dan tork 680 Nm, ORA 07 memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 4.3 saat.

Ciri keselamatannya pula, ORA 07 didatangkan standard:

  • LKA
  • BSD
  • Kamera 360 darjah
  • Pengecaman tanda lalu lintas
  • Had laju pelayaran dan banyak lagi

ORA 07 boleh didapati dalam tiga warna:

  • Crystal Purple
  • Amethyst Grey
  • Jade White

Pelanggan yang berminat untuk mengalami masa depan mobiliti elektrik kini boleh menempah GWM ORA 07 mereka melalui pengedar sah GWM di seluruh negara.

Harga untuk Ora 07 pasaran Malaysia masih belum diumumkan, namun pasaran di Thailand dijual antara RM175k ke RM202k.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here