Toyota Hiace Panel Van 3.0L buka tempahan, harga bermula RM123K

313

UMW Toyota Motor (UMWT) memulakan pra-tempahan untuk Toyota Hiace Panel Van 3.0L.

Tawaran model itu akan memberikan prestasi dan kadar efisien yang lebih baik serta lebih mesra alam berbanding model 2.5L sedia ada.

Ia menggunakan enjin turbo-diesel 3.0 liter dengan padanan transmisi manual lima kelajuan, menjamin kecekapan bahan api yang optimum, menjadikannya pilihan kos efektif untuk perniagaan. 



Enjin itu mematuhi piawaian pelepasan Euro 4 dengan menyalurkan 136 PS pada 3,400 rpm dan 300 Nm tork pada antara 1,200 sehingga 2,400 rpm.

Menggabungkan teknologi RFID untuk kemudahan tambahan, Toyota Hiace Panel Van 3.0L dipertingkatkan melalui sistem Audio Paparan Skrin Sentuh 7 inci sebagai pilihan. Sistem ini menampilkan Kamera Undur dan Kesambungan Bluetooth, menambahkan sentuhan moden kepada pengalaman pemanduan.

Ciri-ciri keselamatan, termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dua-beg udara,  Load Sensing Proportioning & Bypass Valve (LSP & BV) dan sensor undur.

UMW Toyota juga mengumumkan bahawa Toyota Hiace Panel Van 3.0L ini akan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM123,000.

Pra-tempahan secara rasmi bermula hari ini, 1 Mac 2024. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here