Meriah! Volvo Car Malaysia anjur ‘Safety Driving Experience’ pertama untuk pelanggan

202

Volvo Car Malaysia menganjurkan Safety Driving Experience pertamanya untuk menyempurnakan kempen For Life di KL Base, Sungai Besi di landasan kapal terbang ikonik pertama di negara ini.

Diadakan pada hujung minggu pertama Mac lalu, acara itu menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo belajar kemahiran memandu defensif penting melalui latihan seperti brek, ster dan mengelak serta pertukaran lorong tindak balas cepat.



Peserta juga berpeluang merasai pengendalian kereta di laluan slalom yang terletak di landasan pacu sepanjang 1.8km. Mereka juga dapat merasai sendiri beberapa teknologi inovatif keselamatan  Volvo seperti amaran lalu lintas silang dan Pilot Assist.

Acara itu juga mempamerkan keseluruhan rangkaian model elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in Volvo, termasuk SUV Volvo XC90 dan Volvo XC60, sedan Volvo S90 dan Volvo S60, station wagon Volvo V60, dan Volvo XC40 sub-kompak yang kini ditawarkan dengan kuasa elektrik sepenuhnya atau hibrid lembut.

Tumpuan utama adalah Volvo C40 Recharge Pure Electric, yang dipamerkan dalam pilihan warna baru Vapour Grey, dikemaskini untuk tahun model 2024 dengan jarak elektrik sehingga 550km*, pek battery yang lebih besar dengan pengecasan DC yang lebih pantas**, dan teknologi lampu pixel.

Ketua Pemasaran & PR Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata, pihaknya mahu memperkasakan pemandu Volvo dengan minda dan pengetahuan yang betul untuk keselamatan di jalan raya dan memberikan mereka peluang untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa.

“Dibantu dengan sistem bantuan pemandu canggih dan inovasi keselamatan daripada Volvo, ianya memberikan jaringan keselamatan tambahan kepada pemandu kami,” katanya.

Acara Volvo Safety Driving Experience dimeriahkan lagi oleh Generali, rakan insurans rasmi; Pirelli, penaja tayar rasmi; IKEA, yang menyediakan makanan dan kawasan aktiviti kanak-kanak Småland, dan PURAS untuk pengalaman deria yang langsung dengan minyak pati premium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here