Proton rekod jualan 13,602 unit kenderaan bulan Februari, Saga kekal model terlaris…

343
Proton meneruskan pertumbuhan positif awal tahun dengan jualan 13,602 unit (domestik dan eskport) pada bulan Februari.
 
Rekod tersebut disumbangkan oleh model popular Proton Saga dengan rekod lebih daripada 6,000 unit untuk lima bulan berturut-turut.
 
Sementara, jualan Proton S70 meningkat 60.5 peratus kepada 2,314 unit pada bulan Februari menjadikannya kereta sedan segmen-C paling popular di Malaysia. Kemudian diikuti Persona di tempat kedua dengan rekod jualan 1,859 unit.
 
Berikut rekod jualan model Proton pada bulan Februari :
  • Saga : 6,212 unit
  • S70 : 2,314 unit
  • Persona : 1,859 unit
  • X50 : 1,816 unit
  • Iriz : 543 unit
  • X70 : 445 unit
  • X90 : 374 unit
  • Exora : 39 unit

Model lain yang menadi peneraju jualan segmen masing-masing pada bulan Februari adalah Proton Persona dan X90. Jualan SUV segmen-D itu meningkat sebanyak 2.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Walaupun pengeluaran Proton Exora telah tamat, 39 unit dijual pada bulan Februari dan sehingga kini Proton merekodkan jualan lebih 194,250 unit. 



Jumlah jualan untuk dua bulan pertama tahun ini meningkat kepada 26,484 unit, iaitu pertumbuhan 3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
 
Pencapaian itu khususnya patut diberi perhatian kerana jualan automotif secara tradisinya lebih perlahan pada awal tahun selepas dorongan jualan akhir tahun pada bulan Disember.
 

Selepas dua bulan pertama tahun 2024, jumlah volum industri (TIV) dianggarkan meningkat sebanyak 13.8 peratus setakat ini kepada 129,353 unit kerana kemasukan jenama baharu bagi pasaran kenderaan tradisional dan EV menjana minat ramai pembeli.

Pegangan pasaran Proton diramalkan berada pada 20.5 peratus, meletakkannya di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan jualan automotif nasional.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here