Cikgu Ben Zaid kongsi ride pertama Aveta Ranger Max Explorer pembukaan sesi persekolahan 2024

4075

Minggu lalu cikgu Ben Zaid bersama dua rakan pengajarnya menerima motosikal Aveta Ranger Max Explorer.

Menggantikan kapcai Honda EX-5 kambing miliknya, ramai menantikan aksi Halim Mohamad Zaid, 45 dengan moped baharu tersebut. 

Cikgu Ben Zaid di rumah transit sebelum memulakan perjalanan bersama Aveta Ranger berwarna Forest Green miliknya.

Ben Zaid berkongsi perjalanan pertama menunggang Aveta Ranger bersama guru-guru yang lain bagi pembukaan sesi persekolahan 2024 Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan pada Sabtu.  



Menerusi video Youtube cikgu offroad miliknya itu, perjalanan bermula dari rumah transit yang mana beliau menyatakan kumpulan cikgu tersebut bersiap sedia bergerak bagi memulakan minggu pertama persekolahan pada hari Ahad.

“Isi minyak dulu, tangki minyak Ranger 8.5 liter..besar tangki dia. Kita tengok full tank ni boleh pergi dan balik tak?, tak test tak taukan,” katanya di awal video. 

Konvoi tersebut memulakan perjalanan di laluan bertar melalui kawasan perkampungan kemudian laluan berbatu sehinggalah tanah merah.

“Gear tiga masih steady..setakat ini masih steady harap-harapnya,” katanya.

Menurut Ben Zaid, mereka akan melalui kawasan ladang sejauh 30km manakala selebihnya merupakan laluan hutan.

“Ladang ni lebih kurang 30km separuh lagi kawasan hutan. SK Balar salah satu sekolah paling mencabar dan sekolah paling pedalaman di Kelantan.

“Musim kemarau berdebu di kawasan ladang namun masih belum serius..Kalau betul-betul kemarau, paras buku lali (debu) tak nampak apa, normal kawasan ladang…masa tu tak nampak apa muka kita nampak mata saja,” jelasnya pada video. 

LALUAN SAMA CABARAN BERBEZA SETIAP MINGGU

Seorang guru terjatuh melalui laluan tanah merah di kawasan ladang.

Video berdurasi 33 minit itu juga menunjukkan cub cross milik seorang guru rosak ketika awal perjalanan dan pemuda itu terpaksa berpatah semula menggunakan 4×4 ke sekolah.

Manakala seorang guru yang menunggang Honda EX-5 terjatuh dua kali ketika di laluan tanah merah dipercayai motosikalnya mengalami masalah.

“Cabaran yang kita selalu hadap mungkin tiap-tiap minggu..apa-apapun kita terimaje selagi kita boleh lunaskan amanah kita pikul, alhamdulilah setakat ini Ranger beraksi dengan cemerlang,” katanya Cikgu Ben Zaid. 

Ben Zaid juga menyatakan mereka akan bergerak secara berkumpulan dan akan menunggu sekiranya salah seorang mengalami masalah. 

Tambahnya, walaupun cuaca cerah tidak bermakna konvoi tersebut bebas daripada masalah. 

“Setiap minggu videonya tidak sama walaupun jalan sama rutin sama tetapi suasana dan situasinya tidak sama, cabaran mungkin berbeza setiap minggu kami berulang alik. 

“Terima kasih Aveta sudi menaja tiga cikgu, hadiah ini cukup bermakna. Lenjan habis-habisan.

“Ramai bandingkan dengan motor jenama aku selalu pakai tak boleh nak halang orang bandingkan, mereka punya pandangan sendiri, tengoklah video ini dan nilai sendiri,” katanya. 

VIDEO

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here