Menggunakan akaun Facebook Intan Natachka, dia melihat kenderaannya sebaik keluar dari lapangan terbang.
Tanpa berfikir panjang, Intan langsung menuju ke kenderaannya untuk meletakkan bag di bonet. Alangkah terkejutnya apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenalinya.
“Awalnya aku rasa mungkin salah kereta dan masih blur sambil belek kereta tengok nombor plat dan belakang but ada plastik Pullman Medina!. Sah kereta aku,” jelasnya selepas wanita itu menyatakan dia salah kenderaan.
Selepas mengesahkan kereta tersebut miliknya, wanita tersebut menyatakan ia telah dijual.
“Hah??? Macam mana boleh?? Saya tidak pernah jual kereta saya oh.
“Cut a long story short keretaku yang sedang di baiki di workshop telah di salah guna pakai oleh keluarga mechanic untuk ambil kawannya di airport,” jelasnya.