BYD rasmi lancar Yuan UP, SUV kompak mampu milik pasaran China

227

BYD rasmi memperkenalkan Yuan UP ke pasaran China yang mana kenderaan tenaga baharu (NEV) itu merupakan edisi terkini siri Dynasty.

SUV kompak elektrik ini menjadi model mampu milik BYD yang mana ia didatangkan dengan tiga pilihan varian :

  • 301km:CNY 96,800 (RM63,352)
  • 401km:CNY 109,800 (RM71,860)
  • 401km:CNY 119,800 (RM78,405)
Yuan UP menggunakan e-Platform 3.0 yang dilengkapi dengan teknologi bateri CTB (Cell-to-body). Kombinasi berkenaan memaksimumkan ruang kabin dan meningkatkan keselamatan, keselesaan serta kekuatan struktur.
 

Menyasarkan pengguna bermula dari mahasiswa sehingga keluarga muda, BYD menyatakan Yuan UP menggabungkan elemen tradisional cina dengan sentuhan moden.



Lampu utamanya mengambil inspirasi ‘wajah naga’ yang tersedia menerusi empat warna badan iaitu putih, hijau, merah jambu dan kelabu.

Ia memiliki panjang 4,310mm, lebar 1,830mm dan panjang 1,675mm serta jarak roda 2,620mm yang mana lebih besar sedikit berbanding Hyundai Kona EV.

Yuan UP mempunyai dua pilihan e-motor iaitu 70kW dan 130kW serta pilihan bateri 32kWj dan 45.1 kWj. Di atas kertas, ia menawarkan perbatuan sejauh 301km bagi bateri lebih kecil dan 401km (45.1kWj) dengan sekali cas penuh. 

Keselesaan pemanduan diserahkan kepada suspensi MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang).
 
 
Walaupun ditawarkan pada harga lebih murah, ciri peralatan pada kabin tidak dikurangkan menerusi stereng bentuk D, kluster instrumen LCD 8.8-inci dengan HUD, skrin hiburan 12.8-inci yang boleh berputar, pengecas tanpa wayar dan bumbung panorama bersaiz besar. 
 

Dalam segmen SUV kecil, Yuan UP bersaing dengan Neta Aya, Baojun Yep dan Lynk & Co 06 EM-P.

BYD bukan sahaja menyertai perang harga tetapi mempunyai kedudukan yang strategik dengan harapan memimpin pertempuran menerusi Yuan UP.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here