Honda Thailand lancar City hatchback facelift, harga mula RM77k

291

Pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-45 (2024), Honda Thailand memperkenalkan City facelift baharu yang mana versi hatchback itu berkongsi kemas kini dengan model sedan yang diperkenalkan setahun sebelumnya.

Honda City hatchback facelift itu  didatangkan dengan varian hibrid e:HEV dan naiktaraf kit Honda Sensing.



Perubahan pada penampilan luaran termasuklah bar krom lebih ‘slim’ di atas gril yang kini mendapat rekaan jaring baharu. Bampar depan turut dinaiktaraf dengan pelbagai aksen pada varian RS dan yang lain.

Varian RS mendapat kemasan pada lampu kabus dan gril honeycomb pada intake bawah di samping diffuser lebih sporty dan pelindung cermin sisi berwarna hitam.

City hatchback ditawarkan dengan lima varian :

  • S+ : THB 599,000 (RM77,850)
  • SV : THB 679,000 (RM88,240)
  • RS : THB 749,000 (RM97,330)
  • e:HEV SV : THB 729,000 (RM94,750)
  • e:HEV RS : THB799,000 (RM103,830)

Tiga varian tanpa hibrid didatangkan dengan enjin petrol 1.0 liter VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa 121hp @ 5,500rpm dan tork 173Nm @ 2,000-4,500rpm bersama transmisi CVT.

Manakala varian hibrid menampilkan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dengan motor berkuasa 107hp dan tork 253Nm serta enjin 1.5 litre Atkinson 4-silinder DOHC i-VTEC petrol (97hp/127Nm).

Tiada perubahan besar dilakukan pada bahagian kabin yang mana varian e:HEV mendapat port pengecas USB-C buat penumpang belakang menggantikan outlet 12V. Terdapat juga poket kecil pada belakang kerusi depan untuk meletakkan telefon pintar.

Seperti yang dinyatakan, Honda Sensing kini didatangkan dengan ciri keselamatan yang dinaiktaraf yang mana semua Honda City hatchback kini dilengkapi Adaptive Cruise Control dan Collision Mitigation Braking System bersama ciri peralatan yang lain. 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here