Sebuah keluarga dari daerah Lahat, Sumatera Selatan mengalami keracunan pendingin hawa ketika memandu di Tol Indralaya-Prabumulih.
Ketika kejadian lapan orang tersebut hendak pulang kampung ke Bandung, Jawa Barat pada Ahad lalu.
Susulan insiden itu, seorang maut iaitu Adek Dewiti, 65 manakala tujuh lainnya mendapatkan rawatan di hospital Ar Royyan Indralaya, Ogan Ilir.
Hasil penyelidikan awal diduga kerana keracunan pendingin hawa kereta Daihatsu Xenia (Perodua Alza) yang mereka tumpangi.
Keluarga tersebut mencium bau pelik dalam kenderaan ketika memasuki tol Indralaya-Prabumulih di KM33 arah Indralaya.
Penumpang yang selamat menyatakan awalnya tercium bau seakan mercun yang dianggap dari luar, tanpa berasa curiga keluarga berkenaan meneruskan perjalanan.
Namun, bau tersebut semakin kuat hingga mereka memutuskan menghentikan kenderaan di bahu jalan.
Anggota Sentra Komunikasi (Senkom) mendapat informasi kenderaan mencurigakan dan selepas pemeriksaan mendapati penumpang tujuh orang dewasa dan seorang anak kecil dalam keadaan tidak sedarkan diri.