Proton Satria tersadai atas bukit Lebuhraya PLUS, bawa turun guna kren

7814

Video Proton Satria biru ditemui di lereng bukit Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial. Namun, lokasi kejadian tidak diketahui.

Berdasarkan perkongsian beberapa klip video menunjukkan Proton Satria itu tersekat di antara semak-samun dan pokok di atas bukit tersebut. 

@rudye96

#satriaking

♬ bunyi asal – ABG IDOL – ABG IDOL



“Macam mana dia boleh naik, amboi tinggi, kereta terbang..dia ada sayap,” kata perakam video menunjukkan kedudukan lokasi kejadian dan lebuhraya di bahagian bawah.

Manakala sebuah lagi video dari akaun @cikzack5705 menunjukkan laluan yang dipercayai dilalui pemandu Satria itu sebelum berada di atas bukit berkenaan. 

“Tu ha bang dia daripada signboard tu naik sini straight terus pergi ke dalam,” katanya menunjukkan laluan kecil mendaki bukit tersebut. 

@cikzack5705

Membalas kepada @mhdsyakr

♬ bunyi asal – cikzack5705 – cikzack5705

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak diketahui punca insiden berkenaan berlaku. 

Seorang lagi pengguna TikTok @SyarifAyep yang kebetulan melalui lokasi kejadian berkongsi video Satria biru berkenaan dibawa turun menggunakan kren.

Rata-rata pengguna media sosial masih ingin mengetahui kisah sebenar  dan menyatakan insiden itu jarang berlaku di Malaysia.

“Makan modai gak laa owner ni nak bayar kren mai angkat.”

“Hanya driverje tahu macam mana boleh naik sampai atas tu.”

“Macam mana boleh sampai atas tu.”

@syarifayep

Semoga tuan kereta baik baik aje #fyp

♬ bunyi asal – 𝙎𝘼𝙍𝙄𝙋𝘽𝙄𝙉𝘿𝙊𝙇𝙇 ® – sᴀʀɪᴘʙɪɴᴅᴏʟʟ

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here