Kerajaan Sarawak belum terima makluman rasmi projek kereta api kelajuan tinggi

249

Kerajaan Sarawak belum menerima sebarang pemakluman rasmi mengenai cadangan syarikat Brunei untuk memulakan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang akan melalui beberapa destinasi di negeri itu, kata Premier Sarawak, Abang Johari Openg.

Abang Johari mengetahui cadangan kereta api Trans-Borneo tersebut menerusi laporan media baru-baru ini dan syarikat tersebut masih belum menemui kerajaan negeri.



“Ia mungkin cadangan sektor swasta yang tidak melibatkan kerajaan. Jika kita hendak membina landasan kereta api Kalimantan-Borneo, mesti ada perjanjian antara Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Abang Johari berkata unit perancangan ekonomi itu masih dalam kajian kebolehlaksanaan rangkaian kereta api yang menghubungkan Sarawak dengan wilayah lain di Borneo.

“Mereka akan terlibat dalam perbincangan kerajaan dengan kerajaan melalui Indonesia dan Brunei untuk mencari kata sepakat dalam membangunkan landasan kereta api Trans-Borneo,” katanya.

BELUM ADA PERBINCANGAN RASMI DI PERINGKAT KERAJAAN DI BRUNEI

Cadangan laluan

Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Penerangan Brunei, Shamhary Mustapha berkata belum ada perbincangan rasmi di peringkat kerajaan berhubung cadangan itu.

Akhbar Buletin Borneo yang berpangkalan di Brunei melaporkan Shamhary menyatakan walaupun kementeriannya menyedari aspirasi syarikat menyediakan perkhidmatan kereta api di Borneo namun masih memerlukan kajian lanjut.

“Walaupun belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara itu di peringkat kerajaan, terdapat kumpulan sub-kerja kereta api Asean yang membincangkan hal berkaitan ketersambungan kereta api dalam Asean, jadi perkara ini mungkin dibangkitkan pada masa depan,” katanya.

Cadangan Brunergy Utama Sdn Bhd untuk memulakan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di Borneo baru-baru ini menarik perhatian media, kerana rancangan itu bertujuan untuk memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan dan Sabah.

Projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620km manakala jarak purata antara stesen-stesen yang akan dibina adalah 150km serta kelajuan maksimum kereta api 350kmj. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here