UMW Toyota Motor buka tempahan HiAce Super Long Wheelbase

284

UMW Toyota Motor membuka tempahan Toyota HiAce Super Long Wheelbase (SLWB) Window Van sebagai tambahan model sedia ada, pada harga bermula RM169,000.

Toyota HiAce SLWB itu menawarkan kabin yang lapang menerusi dimensi panjang 5,915mm, lebar (1,950mm) dan tinggi (2,280mm) serta jarak roda 3,860mm.



Pertambahan panjang sebanyak 1,220mm, lebar (+255mm) dan tinggi (+300mm) itu bukan sahaja memberikan keselesaan pada penumpang bahkan meningkatkan kestabilan dan dinamik pemanduan.

Van HiAce didatangkan dengan enjin 2.8 liter 1GD-FTV turbo diesel yang menjana kuasa 177PS @ 3,400Nm dan tork 450Nm @ 1,600-2,400rpm bersama transmisi 6-kelajuan automatik dengan sequential shift.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah lampu pada pemijak kaki boleh lipat dan perakam video digital (DVR) di bahagian depan, tali pinggang keledar 3-poin untuk 10 penumpang, skrin infotainmen 7-inci, panel meter analog dan dua pembesar suara.

Kehadiran HiAce SLWB direka bagi perniagaan yang mementingkan ketahanan, ruang luas dan kenderaan yang cekap serta buat ahli keluarga yang mencari keselesaan dan pengangkutan dengan mod keselamatan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here