Kemeriahan pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri di negara jiran boleh dilihat pada kenderaan perantau yang dipenuhi dengan barangan seolah ingin berpindah.
Bumbung kereta penuh dengan barangan dan ada juga yang membawa barangan elektrik adalah satu pemandangan biasa bagi warga Indonesia yang pulang ke kampung ketika Aidilfitri.
@uchok1046 terios memang agak laen #driverstory #travelsulawesi #Mahalonaexpress
Mungkin kerana jarak perjalanan yang jauh dan kesempatan pulang sekali setahun dimanfaatkan oleh perantau.
Seperti mana video pendek yang dikongsi pengguna TikTok @uchop1046. Pemuda itu mengangkut peti sejuk yang hanya diikat menggunakan tali rafia di bahagian belakang Daihatsu Terios.
Uchop menyatakan peti sejuk tersebut adalah edisi terhad di samping harga barangan elektrik yang lebih mahal di kawasan kampung.
“Kulkasnya (peti ais) limited edition mbak,” balasnya di bahagian komen.
Ketika disoal tentang bakal disaman polis, pemilik menyatakan tiada kebimbangan.
“Pak polisi ngerti kok kalau ini barang tujuannya lintas pedalaman,” katanya.
Di samping itu, rata-rata pengguna media sosial Konoha kagum dengan kesungguhan pemuda itu dan bersetuju dengan harga jualan barangan elektrik jauh lebih mahal di kampung.
“Iya didesa lebih mahal…saya pernah beli tv dikota lebih murah beza 700 ribu,” tulis @OlshopSulastri.
Daihatsu Terios (Perodua Aruz, Toyota Rush) menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter aspirasi semula jadi DVVT-i berkuasa 103hp dan tork 136Nm.
Di pasaran Indonesia, SUV itu didatangkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual dan 4-kelajuan automatik.
Sementara, anggaran harga model berkenaan adalah antara RM71,260 dan RM91,547.