Proton S70 peneraju kelas sedan segmen C, model kedua terlaris rangkaian Proton

323

PROTON mengakhiri Mac dan suku pertama 2024 dengan jualan yang kukuh untuk pasaran domestik dan eksportnya dengan 12,666 jualan (domestik dan eksport), manakala jualan bagi suku berjumlah 39,150 unit .

Selepas mencatat rekod jualan baharu pada tahun 2023, jualan volum industri (TIV) untuk pasaran automotif Malaysia dianggarkan berjumlah 202,492 unit untuk tiga bulan pertama tahun 2024, bersamaan dengan pertumbuhan 5.1 peratus. 

Pegangan pasaran untuk PROTON dianggarkan pada 19.3 peratus, kedua tertinggi di antara semua jenama automotif. 



Proton Saga mencatatkan volum suku pertama terbaik sejak 2013

Jualan Proton Saga dengan 18,247 unit dijual pada tiga bulan pertama tahun ini, prestasi suku pertama tertingginya dalam dua belas tahun. 

Pada Mac, 5,906 unit dijual termasuk 93 unit untuk pasaran eksport, meletakkan model itu di tempat kedua dalam pasaran sedan segmen A. 

Proton S70 membuka segmen pasaran baharu bagi Proton dengan 2,072 unit dijual pada bulan Mac (35 unit eksport) menjadikan jumlah jualan bagi suku pertama 5,828 unit. 

Walaupun jumlah pengeluaran masih mengejar permintaan, peneraju kelas sedan segmen C kini menjadi model kedua terlaris dalam rangkaian Proton. 

Proton juga kekal sebagai salah sebuah jenama utama dalam pasaran SUV dengan tiga modelnya. 

  • Proton X50: 1,626 unit
  • Proton X70: 603 unit 
  • Proton X90: 326 unit 

Sementara itu, untuk model lain turut meningkat membabitkan: 

  • Proton Persona: 1,665 unit 
  • Proton Iriz: 468 unit

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, suku pertama 2024 berakhir secara positif untuk PROTON.

Menurutnya, tanpa faktor luaran yang meggalakkan pertumbuhan jualan tahun ini, angka yang dicapai menawarkan bacaan permintaan pasaran yang lebih tepat. 

“Sepanjang tahun ini, PROTON akan mencari pertumbuhan jualan yang berterusan dengan bekerjasama rapat dengan vendor untuk menghasilkan lebih banyak unit model terlaris seperti Proton Saga dan Proton S70, sambil terus membina volum jualan eksport. 

“Kami yakin dapat memenuhi sasaran pertumbuhan sambil berusaha ke arah komitmen yang lain seperti pembangunan dan pengenalan model EV berjenama sendiri pada masa hadapan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here