Polis Tochigi, Jepun guna Nissan GT-R

5481

Jentera berprestasi Nissan GT-R atau lebih dikenali sebagai Godzilla akan diserapkan ke dalam Unit Anggota Polis di Tochigi, Jepun.

Kenderaan berkelajuan tinggi ini disumbangkan oleh kilang Nissan Tochigi yang membina GT-R tersebut atas meraikan 50 tahun ia beroperasi.

Nissan GT-R jadi kereta polis

Seperti jentera polis biasa, Nissan GT-R itu dilengkapi dengan bar cahaya berkelip di bumbung, pembesar suara dan lampu LED pada bampar, selain dicatkan warna rasmi polis jepun iaitu hitam serta putih.



Ia akan menjadi kenderaan terpantas di Jepun selepas menyalurkan 565hp daripada enjin VR38DETT 3.8-litre V6 yang menggunakan transmisi klac berkembar sebelum disalurkan ke pacauan semua roda.

Salur lebih 500hp

Ia dikatakan boleh memecutnya 0-100 kilometer sejam dalam 2.7 saat.

Adanya jentera ini, sudah pasti ia akan menjadi peronda polis yang hebat untuk mengejar pesalah atau penjenayah di kawasan berkenaan.

Tochigi
Jentera paling mantap keluarga Nissan

Bagaimanapun, ia bukannya GT-R pertama yang menjadi kenderaan polis kerana sebelum ini Skyline R34 GT-R pernah memegang penghormatan itu.

Difahamkan, ia masih lagi dilihat menjadi peronda aktif pada tahun 2016 jadi ia mungkin masih beroperasi sehingga kini.

Nissan Motor Co, Ltd adalah pengeluar kereta multinasional Jepun yang beribu pejabat di Nishi-ku, Yokohama. Syarikat itu menjual kereta mereka di bawah jenama Nissan, Infiniti, dan Datsun dengan produk penalaan prestasi dalaman yang dilabelkan Nismo. Syarikat itu mengesan namanya menjadi Nissan zaibatsu, kini dipanggil Nissan Group.

Tochigi 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here