Lamborghini Revuelto baru berusia seminggu hangus terbakar
Seorang pempengaruh yang juga pemilik Lamborghini Revuelto terpaksa mengigit jari menyaksikan jentera yang baru sahaja dibawa pulang kurang seminggu hangus terbakar.
Ethan Duran, pemilik syarikat sewa kenderaan eksotik Corsa Auto Group sempat merakamkan detik-detik cemas insiden yang berlaku di lebuh...
Gudang tayar, bateri dan buggy musnah terbakar di Sungai Buloh
Sebuah gudang menyimpan tayar, bateri dan buggy di Taman Perindustrian KIP Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran lewat tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan...
XPeng dedah modular kereta terbang, penerbangan pertama November depan
Xpeng AeroHT secara rasmi mendedahkan modular kereta terbang yang terdiri daripada pengangkutan darat dan udara.
Penerbangan awam pertama kereta terbang itu dijadualkan pada November ini. Manakala bagi pelancaran, kereta terbang modular Xpeng akan memulakan pra-jualan akhir tahun ini dengan tanda...
Kerajaan sudah luluskan 100,000 permohonan subsidi diesel
Kementerian Kewangan sudah meluluskan sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel untuk pemilik kenderaan individu (Budi Individu) serta petani dan pekebun (Budi Agri-Komoditi).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata matlamat penyasaran subsidi diesel adalah untuk menumpukan bantuan...
JPJ buka bidaan nombor plat NEE
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran Negeri Sembilan, NEE bermula 15 sehingga 19 November (Selasa).
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 20 November (Rabu).
Pembayaran hanya boleh dibuat...
Continental kembang teknologi ContiSeal kepada varian tayar popularnya
Demi keselamatan pengguna, Continental mengumumkan pengembangan teknologi ContiSeal yang inovatif kepada set produk dan saiz rim yang lebih luas.
Kali pertama diperkenalkan pada 2003, teknologi ContiSeal ditambah baik selama lebih dua dekad. Ia membolehkan menampal segera sebanyak 80 peratus daripada...
Pelajar perempuan parah motosikal langgar lubang kabel bawah tanah
Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya terlanggar lubang saluran kabel bawah tanah yang dibiarkan tidak bertutup dekat Jalan Persiaran Rimbun Indah, Seremban, awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama bapanya...
MIIT China dedah bateri BYD Xia tawar julat elektrik lebih rendah
Pengawal selia China (MIIT) mendedahkan spesifikasi bateri dan rangkaian kuasa MPV plug in hibrid, BYD Xia.
MPV itu bakal menawarkan bateri berkuasa 36.6kWh dengan jarak pemanduan sejauh 145km (CLTC).
BYD Xia bakal dijual tahun ini di pasaran China pada harga mula...
Lelaki ini jadikan teksinya sebagai perpustakaan bergerak
Seorang pemandu teksi di Alexandria, Mesir, Mohammed Azzam, telah menjadikan teksinya sebagai perpustakaan bergerak tiga atau empat hari seminggu untuk menggalakkan orang ramai membaca.
"Saya suka membaca sejak kecil, itu antara sebab mengapa saya memutuskan untuk melancarkan inisiatif perpustakaan teksi...
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggang dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima...