Berita Automotif

GWM Tank 300 sudah boleh ditempah, harga anggaran RM250k

GWM Tank 300, SUV off-road yang pihak Motoqar sempat pandu uji di Beijing baru-baru ini, telah pun dibuka untuk tempahan di Malaysia dengan harga anggaran RM250,000. Tarikh sebenar pelancaran tidak dinyatakan namun menurut Great Wall Motor, penyerahan dijangka berlaku pada Julai tahun ini. Untuk pasaran...

Jualan kenderaan bagi Mei 2024 meningkat 18 peratus kepada 68,665 unit

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan data jualan kenderaan bagi Mei 2024, yang menyaksikan sebanyak 68,665 unit kenderaan telah dijual. Angka itu mewakili peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 57,991 unit yang direkodkan pada April 2024. Mengikut perbandingan tahunan, jumlah keseluruhan...

Jaguar akan hentikan jualan enam model tahun ini, hanya F-Pace selamat

Seorang jurucakap Jaguar Land Rover (JLR) mendedahkan bahawa syarikat itu akan menghentikan jualan enam model Jaguar bermula tahun ini sebagai persediaan untuk memasuki era elektrifikasi serta membuat keuntungan. Bercakap kepada Automotive News Europe, jurucakap tersebut mengesahkan bahawa model-model yang akan 'dicantas'...

Hacker berjaya curi Mercedes-Maybach GLS dan Rolls-Royce Cullinan

Seorang penggodam di Florida, Amerika Syarikat menyalahgunakan kepakarannya untuk mencuri bukan satu tetapi dua buah kereta mewah. Menurut laporan, suspek telah menggodam sistem syarikat penghantaran kereta dan mengubah alamat penghantaran supaya kereta tersebut dihantar kepadanya dan bukannya kepada pemilik sebenar. Dalam...

Toyota GR Corolla (2025) dapat kotak gear DAT 8-kelajuan, 300 hp, 400 Nm

Lapan bulan selepas pengenalan model GR Yaris facelift, Toyota baru-baru ini membawakan kemaskini yang serupa untuk model GR Corolla yang jauh lebih praktikal. Ini bermakna, GR Corolla model tahun 2025 kini boleh didapati dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau...

Suzuki Jimny Horizon ucap selamat tinggal kepada pasaran Eropah

Jualan Suzuki Jimny akan dihentikan di Eropah bermula tahun ini, dengan Jerman antara negara pertama yang akan mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Namun sebelum itu, peminat Jimny di Jerman berpeluang untuk mengabadikan cinta mereka kepada SUV mini ikonik itu dengan mendapatkan...

Roush hasilkan kit supercharger untuk Ford Mustang GT (2024), kuada cecah 810hp

Ford Mustang GT (2024) keluaran kemudahan di Flat Rock, Michigan dibekalkan dengan kuasa 486hp dan tork 567Nm. Output berkenaan masih tidak cukup?, pemilik boleh meningkatkan kuasa jentera  menerusi kit supercharger Limited Edition Phase 2 dari Roush Performance. Menurut Roush, dengan kit...

Volvo Car Malaysia anjur Volvo Padel Open: Kejohanan padel pertama dan terbesar di Malaysia,...

Volvo Car Malaysia bakal menganjurkan Volvo Padel Open, kejohanan padel yang pertama dan terbesar di Malaysia.  Acara itu memberi peluang kepada hampir 500 pemain padel untuk bersaing sepanjang dua hujung minggu iaitu dari 8 hingga 15 Jun 2024. Volvo Car Malaysia...

Honda mahu jadikan Motocompo sebagai unit penambah jarak EV

Skuter dua lejang boleh lipat Motocompo merupakan salah satu konsep unik yang dibawakan Honda pada era 80-an untuk menyelesaikan masalah mobiliti perbatuan akhir. Idea yang sama kemudiannya diperbaharui menerusi pengenalan model Motocompacto berkuasa elektrik pada penghujung 2023, saiz yang lebih...

Chery Tiggo 7 Pro rasmi dilancarkan, harga bermula RM119,800

Akhirnya Chery Auto Malaysia (CAM) secara rasmi melancarkan Chery Tiggo 7 Pro untuk pasaran tempatan selepas dibuka tempahan pada March lalu. SUV lima tempat duduk itu dikhususkan kepada keluarga kecil yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan serta golongan muda yang mahukan...