Berita Automotif

Kereta kalis peluru paling pantas di dunia ini cuma RM2.05 juta sahaja

Dengan sumber duit yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan pakej perlindungan yang serba lengkap dalam pelbagai jenis bentuk, rupa dan tidak ketinggalan pilihan kereta yang bersesuaian. US Armor Group baru-baru ini menawarkan sebuah sedan elektrik kalis peluru Lucid Air Sapphire...

Kerajaan lulus RM100 juta peruntukan tambahan selenggara jalan Persekutuan

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung berjumlah RM100 juta bulan ini, untuk memperkasakan Kontraktor Bumiputera G1-G4. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM70 juta diperuntukkan bagi 79 kerja penyelenggaraan...

NASA rancang bawa pulang dua angkasawan terkandas Februari 2025

NASA pada Sabtu memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Boeing's Starliner ke Bumi pada September, Dua angkasawan yang terkandas, iaitu Butch Wilmore dan Sunita Williams akan kekal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sehingga Februari, lapor Xinhua. "Membawa pulang kapal angkasa tanpa...

GWM TANK 300 ke-100 unit diserahkan kepada pelanggan!

Dalam tempoh hanya sebulan sejak pelancaran pada pertengahan Julai lalu, Great Wall Motor (GWM) Malaysia berjaya melaksanakan 100 unit penghantaran pertama GWM TANK 300 kepada pelanggannya. Pencapaian yang mengagumkan untuk SUV ‘off-road’ pintar dan mewah itu diperoleh berikutan tumpuan hangat...

MOT harap inisiatif My50 diteruskan tahun depan – Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan berharap inisiatif My50, yakni pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan untuk penggunaan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang dapat diteruskan untuk tahun depan menerusi Belanjawan 2025, kata Menterinya Anthony Loke. Beliau berkata inisiatif ini dilihat...

Lebih 23,000 rakyat Malaysia lalui pintu sempadan Perlis ke Thailand

Seramai 23,890 warga Malaysia direkodkan keluar ke Thailand melalui dua pintu sempadan negara di Perlis iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia semalam. Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin...

SAIC Motor Malaysia buka tempahan MG5 dan MG HS

SAIC Motor Malaysia (SMM) membuka tempahan sedan MG5 dan SUV MG HS yang mana anggaran harga bermula di bawah RM100,000. Direka untuk mereka yang ingin tampil berbeza dan menyerlah, MG5 ditawarkan menerusi satu varian. Berikut fakta pantas tentang MG5 : Anggaran harga...

Selepas 22 tahun, kembara trio pengacara The Grand Tour bakal berakhir

Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Selepas 22 tahun bersama, kerjasama yang terjalin antara Jeremy Clarkson, James May dan Richard Hammond akan berakhir menerusi episod terakhir The Grand Tour yang akan ditayangkan pada 13 September ini. Berdasarkan video trailer terbaharu...

Justin Timberlake mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk

Penyanyi pop terkenal, Justin Timberlake mengaku bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk. Hakim Sag Harbor Village, Carl Irace menjatuhkan hukuman termasuk 25 jam khidmat masyarakat, denda AS$500 dan penggantungan lesen memandu selama 90 hari. Hukuman tersebut dipersetujui bersama oleh pasukan...

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggang dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi.  Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima...