Berita Tempatan

Pemandu peribadi didakwa pecahkan cermin kereta bekas isteri

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta bekas isterinya, minggu lalu. Mohd Haiidhir Yussof, 45, didakwa melakukan khianat terhadap cermin depan kereta bekas isterinya, Wan Hafizah...

Jet pejuang Rafale Perancis bertembung, dua juruterbang maut

Dua jet pejuang Rafale bertembung antara satu sama lain di udara ketika pulang ke pangkalan tentera selepas misi bekalan ke Jerman sekitar tengah hari, menurut Tentera Udara dan Angkasa Perancis. Dua juruterbang dalam salah satu pesawat itu terbunuh. Mereka dikenalpasti...

Pesawat MAS ke Seoul berpatah semula ke KLIA 1

Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam. Aplikasi penjejak penerbangan global, Flight Radar24 menunjukkan MH66 berlepas dari...

Anthony Loke: Kerajaan akan perkenal bingkai nombor plat khas untuk EV

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan bingkai nombor plat khas untuk membezakan kenderaan elektrik (EV) dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Menurut Loke, bingkai khas itu akan dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan dan dipasang terus pada kenderaan. "Kita akan...

“MITI tidak pernah umum Tesla akan buka kilang di Malaysia,” Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan pihaknya tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kemudahan pemasangan di Malaysia. Pihak MITI ada perbincangan dengan pengasasnya, Elon Musk bagi menarik pelaburan namun syarikat itu...

Chery Auto Malaysia sambut ulang tahun pertama dengan tawaran menarik

Sempena sambutan ulang tahun pertama, Chery Auto Malaysia menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan baru bermula 1 Mei hingga 30 Jun ini. Mereka bakal menikmati pakej penyelenggaraan servis percuma selama dua tahun yang meliputi komponen dan upah buruh untuk pembelian...

Lari daripada polis, Perodua Kancil terbabas rempuh rumah

Sebuah Perodua Kancil yang dinaiki tiga lelaki merempuh sebuah rumah ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis di Kampung Kedondong, Pasir Mas, pada Rabu. Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, ketiga-tiga suspek yang berusia 36 hingga 41 tahun bertindak melarikan...

[Video] Pura-pura kena langgar, rider Malaysia cuba ‘pau’ penunggang motosikal Singapura

Sebuah video tular menunjukkan rider Malaysia cuba mendapat wang mudah dengan berpura-pura dilanggar motosikal nombor pendaftaran Singapura di laluan Tambak Johor. Menerusi video berdurasi 47 saat akaun TikTok @soodabing, menunjukkan sebaik rider Singapura yang menunggang motosikal Triumph Street Triple berkenaan...

Royal Enfield Himalayan serba baharu, harga bermula RM30,600

Royal Enfield secara rasminya melancarkan motosikal pengembaraan, Himalayan serba baharu untuk pasaran Malaysia. Himalayan membuktikan dirinya berkali-kali sebagai motosikal yang ideal untuk menunggang pengembaraan di pergunungan yang luar biasa ini. Ia menjadi motosikal pilihan penjelajah di seluruh dunia menunggang untuk merentasi...

TUDM terbangkan 40 warga Palestin cedera ke Malaysia dari Mesir

Seramai 40 rakyat Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Warga Palestin yang...