Berita Tempatan

JPJ buka bidaan nombor plat JXN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan bidaan nombor pendaftaran Johor, JXN bermula 7 sehingga 11 November (Isnin). Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 12 November (Selasa). Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad...

TUDM nafi bunyi dentuman berpunca daripada sonic boom pesawat pejuang

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak pagi semalam berpunca daripada dentuman sonik (sonic boom) pesawat pejuang tentera. Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang...

Pemilik Proton X70 sudah boleh guna Apple CarPlay

Pemilik Proton X70 facelift kini boleh menggunakan ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar. Proton menyatakan ciri ketersambungan AACP merupakan binaan dalam sistem infotainmen SUV berkenaan namun masih belum tersedia ketika pelancaran X70 Facelift. Pemilik X70 hanya perlu mengemas kini pakej perisian secara...

Kia Sportage CKD bakal lancar Disember ini

Dinamikjaya Motors (DJM) bakal melancarkan Kia Sportage versi CKD sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada Disember ini.  Untuk versi CKD itu, ia bukan ditawarkan dengan model facelift seperti yang dilancarkan untuk pasaran Korea buat masa ini. Namun, model...

Batik Air umum laluan baharu Subang-Kota Bharu, guna pesawat Boeing 737

Batik Air hari ini mengumumkan pelancaran laluan baharu terus dari Subang SkyPark ke Kota Bharu dengan menawarkan perjalanan lebih cepat dan selesa menggunakan pesawat Boeing 737. Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk M. Chandran Rama berkata perkhidmatan baharu itu dijadualkan...

Tiada lagi bayaran tunai di KTMB mulai 1 Januari 2025

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beralih kepada mod pembayaran tanpa tunai sepenuhnya melibatkan semua transaksi di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur bermula 1 Januari tahun depan.  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin...

Petronas Chemical Group catat kerugian bersih RM789 juta suku ketiga 2024

Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Kerugian Selepas Cukai (LAT) sebanyak RM762 juta untuk suku ketiga Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024. LAT tersebut kebanyakannya didorong oleh kerugian pertukaran mata wang asing (forex) yang tidak direalisasi atas penilaian semula...

Pemandu lori kontena terbalik tidak mengaku bersalah, tidak dibenar ikat jamin

Pemandu lori kontena yang terbalik hingga menyebabkan kerani wanita maut pada 13 November lalu tidak dibenarkan ikat jamin selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini. Marhizan Johari, 51, mengaku tidak bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd...

Modenas Eliminator rasmi lancar, harga RM30,100 seunit

Modenas melancarkan model pemasangan tempatan (CKD), Modenas Eliminator pada harga RM30,100 seunit ke pasaran tempatan. Eliminator dijana oleh enjin 450cc penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 32.6kW @ 7,500rpm dan tork 42.6Nm @ 6,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan. Menggunakan casis diinspirasikan daripada trellis berprestasi...

Lelaki ini ditahan kerana rosakkan lampu isyarat

Lelaki yang tular merosakkan beberapa ‘cover’ lampu isyarat menggunakan parang petang tadi berjaya ditangkap polis di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson, di sini hari ini, lapor Kosmo!. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya telah...