Berita Global

CEO VW: Penutupan kilang, pembuangan pekerja tidak dapat dielakkan

Tidak dapat tidak, Volkswagen terpaksa berdepan dengan kemungkinan untuk menutup salah satu daripada kilang pengeluaran di Jerman, dan membuang sebahagian besar pekerja mereka. CEO Volkswagen, Thomas Schaefer percaya langkah penyusunan dan penstrukturan semula itu bakal memakan masa tiga hingga empat...

CFMoto beri bayangan bakal keluarkan sportbike dengan konsep enjin V4 (209.2hp)

Jenama motosikal China, CFMoto bakal menumpukan perhatian pada pasaran superbike berkapasiti lebih besar.  Syarikat Hangzhou itu mempamerkan enjin V4 90 darjah baharu dan sportbike konsep  yang dikenali sebagai V.04 Master of Speed di Pameran Motor Milan (EICMA), baru-baru ini.  Dipamerkan dalam kotak lutsinar...

Pesawat DHL terhempas ketika mendarat, seorang maut

Pesawat kargo DHL terhempas ketika melakukan pendaratan di lapangan terbang Vilnius, Lithuania, awal pagi Isnin.   Penerbangan berjadual itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Swiftair bagi pihak DHL dan berlepas dari Leipzig, Jerman.   Jurucakap polis Lithuania berkata seorang penumpang, warga Sepanyol, terbunuh dan...

Masalah parkir : Hyundai Amerika panggil balik 42,000 Santa Cruz dan Tucson

Hyundai Motor North America memanggil balik lebih daripada 42,000 kenderaan susulan masalah pendawaian yang mana kenderaan berisiko bergerak sendiri, menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA). Model yang terlibat adalah Hyundai Santa Cruz dan Hyundai Tucson (2025) yang mana...

Harga minyak dunia dijangka lebih rendah tahun depan

Marc Ratings meramalkan harga minyak pada tahun depan antara julat USD65 hingga USD75 setong susulan ketegangan geopolitik, kekangan permintaan dan kestabilan bekalan. Manakala harga minyak pada 2024 dijangka secara purata USD80 setong. Pasaran minyak mentah global sedang bergelut dengan pelbagai...

Bakal perkenal versi facelift, Tesla ‘potong harga’ Model Y sebanyak RM6K

Bakal memperkenalkan versi facelift, Tesla menawarkan diskaun bagi Model Y dalam tempoh terhad di China. Kereta elektrik (EV) Amerika Syarikat itu menerusi laman sosial Weibo menyatakan pelanggan yang menempah dua varian terendah Model Y antara 25 November dan 31 Disember...

Triumph perkenal Tiger Sport 660 (2025) baharu, harga mula RM50,465

Triumph Tiger Sport 660 (2025) menerima kemas kini ciri peralatan signifikan agar kekal relevan di pasaran Eropah. Motosikal sport touring itu menerima tambahan mod tunggangan baharu, kawalan kruise dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) selekoh. Bakal berada di pasaran bermula Januari...

Jualan merosot, Nissan Thailand bakal buang 1,000 pekerja

Nissan Motor akan mengurangkan atau memindahkan 1,000 kakitangan di Thailand bagi mengecilkan pengeluaran di Asia Tenggara dan sebahagian daripada pelan pengurangan tenaga kerja global yang diumumkan baru-baru ini, menurut sumber. Nissan merancang menghentikan sebahagian pengeluaran di kemudahan No 1 Thailand,...

Bugatti Mistral kini pegang rekod kereta open-top paling laju di dunia, 453.9 kmj!

Ini mungkin sekali satu kisah penamat yang cukup manis buat enjin W16 yang telah pun dihentikan pengeluarannya pada Mei yang lalu. Dalam satu cubaan, Bugatti Mistral dengan spesifikasi binaan sekali 'World Record Edition' telah merekodkan kelajuan tertinggi 453.9kmj di litar...

Isuzu D-Max, MU-X pasaran Thailand dapat enjin 2.2L hibrid ringan, lebih jimat bahan api

Sebelum Isuzu merealisasikan trak pikap D-Max berkuasa elektrik sepenuh masa yang muncul pada tahun 2025, pengeluar itu mengemas kini penawaran D-Max (dan MU-X) dengan memperkenalkan varian hibrid ringan untuk pasaran Thailand. Kedua-dua model ladder-frame itu kini mendapat nadi diesel turbo...