Lelaki ditemukan lemas kereta dipandu terjunam dalam sungai
Seorang lelaki ditemui lemas dalam kereta dipandunya yang terjunam ke Sungai Santap di Kampung Baru, Telaga Mas, Alor Setar, pada Khamis.
Mangsa, Muhammad Noor Fadzil Mustapha, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayatnya dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan...
Honda Malaysia perkenal warna baharu City Hatchback
Honda Malaysia menawarkan warna baharu, Phoenix Orange Pearl bagi City Hatchback bersama empat warna lain sedia ada.
Warna baharu berkenaan ditawarkan pada kesemua varian Honda City Hatchback 1.5L Petrol dan 1.5L e:HEV.
Pengenalan warna baharu itu dikongsi menerusi akaun rasmi Facebook...
Gagal baiki kenderaan pelanggan seperti dijanji, mekanik didenda RM5,000
Seorang mekanik bengkel kereta didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Ipoh kerana gagal membayar tuntutan seorang pengguna yang mendakwa mekanik itu tidak menyiapkan pembaikan kenderaan sebagaimana dijanjikan dua tahun lepas.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam...
Batik Air umum laluan baharu Subang-Kota Bharu, guna pesawat Boeing 737
Batik Air hari ini mengumumkan pelancaran laluan baharu terus dari Subang SkyPark ke Kota Bharu dengan menawarkan perjalanan lebih cepat dan selesa menggunakan pesawat Boeing 737.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk M. Chandran Rama berkata perkhidmatan baharu itu dijadualkan...
Menteri : Tidak perlu guna MyDigital ID untuk daftar masuk MyJPJ
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata, pengguna aplikasi MyJPJ boleh mendaftar masuk aplikasi berkenaan seperti biasa.
"Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas...
Syarat kelayakan naik taraf Lesen B dilonggarkan serta-merta
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju melonggarkan salah satu syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B selepas menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya bersetuju supaya syarat...
Peniaga rugi RM107k, impian miliki Ford Ranger Raptor tidak kesampaian
Hasrat seorang peniaga di sini untuk memiliki pikap Ford Ranger Raptor 3.0 V6 bukan sahaja tidak kesampaian, malah kerugian sebanyak RM106,680 akibat ditipu sindiket penjualan kenderaan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata pada 16 September lalu,...
“Kemalangan ketika hantar anak daftar universiti, syukur ada insan mulia pinjamkan kereta,” ibu pelajar
Meskipun kesan terkejut kemalangan yang menimpa mereka masih belum hilang, namun sepasang suami isteri tetap berusaha memastikan dapat menghantar anak sulung mendaftar masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Rabu.
Keputusan itu dibuat Hasnizaa Seman, 42 dan Zaimuddin Hassan,...
Semak kelayakan dahulu, ingat perlu pegang lesen B2/B1 secara aktif minimum 10 tahun
Pemegang lesen Kelas B2/B1 boleh membuat semakan kelayakan Program Khas Peralihan (PKP) kepada Kelas B melalui aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP awam atau kaunter JPJ.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan...
Feri Pulau Pinang ditunda Khamis, bakal dijadikan muzium
Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang akan ditunda dari Bagan Dalam Slipway ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) pada jam 12.30 tengah hari, Khamis.
Sehubungan itu, orang ramai yang berminat...