Berita Tempatan

Harga bahan api bermula 9 Mei: RON95, RON97 dan diesel masih kekal

Nampaknya masih belum ada perubahan untuk harga bahan api bagi minggu 9 Mei hingga 15 Mei 2020. Ini bermakna harga RON95 dan RON97 kekal untuk tiga minggu berturut-turut, manakala harga diesel kekal buat kali kedua. Harga RON95 dan RON97 telah...

PKPB: Modenas kini buka pusat servis 4 hari seminggu

Modenas kini telah menambah hari operasi untuk pusat-pusat servis sah yang terpilih daripada 2 hari kepada 4 hari seminggu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan. Penyambungan semula operasi selepas jualan Modenas akan tertakluk kepada prosedur pengendalian...

Bas ekspres, motosikal dibenar rentas negeri – Polis

Polis membuat keputusan membenarkan penunggang motosikal dan pengguna pengangkutan awam membuat pergerakan antara negeri bermula semalam hingga 10 Mei (Ahad) ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata keputusan itu dibuat susulan pertimbangan dan kajian pergerakan...

Tajuk lagu raya yang wajib ada dalam senarai audio kenderaan anda

Perjalanan balik kampung sama ada menaiki kereta, bas ekspres, kapal terbang, atau tumpang lori macam dalam iklan Raya pastinya wajib ditemani lagu-lagu Raya. Tidak kira sama ada di radio, mp3, Bluetooth atau streaming Spotify, mendengar lagu Raya sambil dalam perjalanan...

Peguam gesa pemandu mabuk terima hukuman berat dan lesen dibatalkan seumur hidup

Isu pemandu mabuk melanggar orang awam kerap kali menjadi topik hangat di dalam negara. Sudah beberapa kes berlaku dan kes terbaru melibatkan seorang anggota polis yang sedang bertugas dalam Ops Covid-19. Kebanyakkan mangsa yang dilanggar didapati meninggal dunia dan si...

Gerak Malaysia: Tidak dibenar gunakan bas ekspres, motosikal untuk perjalanan rentas negeri

Berhubung dengan permohon Gerak Malaysia untuk melakukan perjalan rentas negeri, mereka yang terlibat dalam perjalanan yang bermula hari ini hingga 10 Mei ini tidak dibenar untuk gunakan perkhidmatan bas ekspres atau motosikal. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir...

Gerak Malaysia: PLUS jangka lebih 300,000 kenderaan di semua lebuhraya

Berhubung dengan permohonan Gerak Malaysia, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 300,000 kenderaan akan bergerak di seluruh negara termasuk di rangkaian Lebuhraya PLUS bermula hari ini sehingga Ahad. Prosedur operasi standard (SOP) sudah dilaksanakan oleh PLUS, selaras dengan Majlis Keselamatan...

Tiada faedah tambahan dengan moratorium pinjaman sewa beli – Menteri Kewangan

Tiada faedah tambahan akan dikenakan sekiranya seseorang peminjam mengambil moratorium pinjaman sewa beli. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini bermakna jumlah ansuran bulanan yang dibayar oleh peminjam akan kekal sama sepanjang tempoh keseluruhan pembiayaan. Pengumuman ini...

Semua jenama automotif di bawah Naza Group kembali beroperasi, ikut SOP norma baharu

Susulan pengumuman Perdana Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei lepas, beberapa jenama automotif di bawah Naza Group kembali beroperasi. Dengan itu, Naza Group turut meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan semua pekerja dan pelanggan di waktu...

Menunggang secara melulu dan lakukan aksi berbahaya, 7 remaja ditahan polis

Akibat menunggang secara melulu sambil lakukan aksi berbahaya, 7 remaja telah ditahan oleh pihak polis di Jalan Kupang-Grik. Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam operasi kira-kira 5 petang itu, remaja berusia 14-17 tahun itu menunggang...