Utama Kereta Muka 56

Kereta

Info kereta atau kenderaan beroda empat boleh anda layari disini termasuk berita, reviu, pandu uji, tips, modifikasi dan teknologi. Kereta dari pelbagai jenama di Malaysia dan luar negara seperti Perodua, Proton, Honda, BMW, dll.

Baru keluar kedai sejauh 3km, Ferrari 488 kemalangan

Baru-baru ini, seorang pemilik Ferrari 488 yang baru saja membeli kereta itu hanya sempat memandu sejauh 3.2km sebelum terbabit kemalangan. Insiden itu menyebabkan kereta Ferrari 488 bernilai sekitar pound sterling 250,000 (RM1.12 juta) remuk di bahagian depan tetapi tiada kecederaan...

Gurauan cabut stereng ketika pandu, Proton Wira terbabas masuk longkang

Tular sebuah rakaman video yang memaparkan pemandu Proton Wira mencabut stereng quick release sewaktu memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan kemalangan. Insiden dipercayai dirakam rakan mangsa dan dimuatnaik di Tiktok @nasrilrasuli77. Malangnya gurauan itu mengundang padah apabila pemandu gagal memasang semula stereng...

Perodua Kancil Chemat bernilai RM75k sedia cabar lumba drag

Selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2, Jepun menghasilkan rekaan kereta kompak yang digelar 'keijidosha'. Istilah ini kemudian disebut sebagai "kei" atau dalam bahasa moden Keicar iaitu kereta kompak. Model lokal keicar pertama adalah Perodua Kancil yang menggunakan casis Daihatsu Mira.  Bagi peminat...

Penting diri, Honda Civic susun kereta di terowong semata ingin bergambar

Baru-baru ini tular beberapa imej memaparkan sekumpulan pemilik Honda Civic berkumpul di sebuah terowong Sime Road di Singapura semata-mata ingin merakamkan gambar.  Tindakan penting diri itu mendapat perhatian dan laporan polis dibuat. Polis sedang menyiasat sekurang-kurangya tujuh buah kereta jenis...

PROTON hadapi suku pertama 2022 yang mencabar, pengurangan jualan 18.6% berbanding 2021

PROTON menghadapi suku pertama 2022 yang mencabar apabila jumlah jualan menurun akibat beberapa masalah, seperti vendor tempatan yang terjejas akibat banjir, gangguan logistik dan kekurangan cip. Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tiga bulan pertama 2022 sangat mencabar...

Pernah tular di Youtube, polis sita Proton Wira turbo

Proton Wira Turbo yang pernah tular di saluran Youtube selepas diubahsuai sehingga mengeluarkan bunyi bising ditahan polis dalam operasi Op Tutup yang dijalankan sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Operasi dijalankan bermula 10 malam hingga 4 pagi (1-3 April) itu diadakan...

Harga Bugatti Divo JP Chin meningkat RM1.2 juta

Seperti diketahui JP Chin yang berasal dari Malaysia, merupakan salah seorang yang terpilih untuk memiliki sebuah Buggati Divo, yang dikeluarkan dalam edisi terhad. Bugatti Divo hanya dikeluarkan 40 unit di dunia dan ditawarkan kepada pemilik yang memiliki Bugatti Chiron.  Rekaan kereta...

5 koleksi kereta milik Presiden Vladimir Putin yang ramai tak tahu…uraaaaa

Siapa tidak kenal dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang merupakan salah satu pemimpin negara yang tegas dan antara paling lama berkhidmat. Mantan perisik itu juga memiliki lebih 700 lebih buah koleksi kereta mewah bermula kereta biasa hingga ke hypercar. Ini...

Maserati Levante gaya baharu – Perubahan luaran dan teknologi, harga bermula RM808K

Maserati Malaysia memperkenalkan model SUV Levante dengan gaya baharu yang lebih elegan dan segar membabitkan penampilan serta teknologinya. Penampilan yang dipertingkatkan Rupa Levante itu kini hadir gugusan lampu belakang baharu, yang mempunyai bentuk bumerang diinspirasikan daripada model 3200 GT diperkenalkan pada...

Honda Civic acah Lamborghini Reventon untuk dijual, harga RM105k

Sebuah kereta replika unik Honda Civic yang berasaskan Lamborghini Reventon kini untuk dijual pada harga AS25,000 (RM105,050) di Amerika Syarikat (AS). Replika tersebut disenaraikan untuk dijual melalui Autoway of Atlanta tetapi maklumat berkaitan tidak didedahkan.  Difahamkan, pemilik kereta tersebut ingin mengubah...