Keuntungan bersih Petron Malaysia susut kepada RM13.25 juta

Keuntungan bersih Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron Malaysia) susut kepada RM13.25 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM40.01 juta yang disaksikan semasa suku yang sama tahun lalu. Petron Malaysia melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia...

Dua rentung dalam kemalangan tiga kenderaan

Dua rentung selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kapayan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah awal pagi Jumaat.   Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kemalangan pada 2.30 pagi.   Komander Operasi, PBK II...

Kereta kalis peluru paling pantas di dunia ini cuma RM2.05 juta sahaja

Dengan sumber duit yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan pakej perlindungan yang serba lengkap dalam pelbagai jenis bentuk, rupa dan tidak ketinggalan pilihan kereta yang bersesuaian. US Armor Group baru-baru ini menawarkan sebuah sedan elektrik kalis peluru Lucid Air Sapphire...

Penganjur perlumbaan drag, motocross haram berisiko disenarai hitam

Mana-mana kelab dan persatuan berdepan risiko disenarai hitam selain tidak layak menerima geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya gagal mengikut garis panduan ditetapkan bagi sukan drag dan motocross. Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh memberikan amaran kepada...

Gambar tular jalan mendap di Kampung Attap kejadian lama

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kerja pembaikan di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, Kuala Lumpur yang dilaporkan berlaku tanah mendap. Menerusi satu kenyataan ringkas akaun Facebook DBKL, memaklumkan bahawa gambar yang tular itu adalah gambar lama. "Dimaklumkan bahawa gambar...

Kerajaan lulus RM100 juta peruntukan tambahan selenggara jalan Persekutuan

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung berjumlah RM100 juta bulan ini, untuk memperkasakan Kontraktor Bumiputera G1-G4. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM70 juta diperuntukkan bagi 79 kerja penyelenggaraan...

11 pemandu , kelindan lori positif dadah, alasan tahan lama pemanduan jauh

Sebanyak sembilan pemandu dan dua kelindan lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jitra, antara 1 Ogos hingga semalam. Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata kesemua...

BMW, Toyota kembangkan kerjasama untuk bangunkan teknologi hidrogen

Kerjasama antara BMW dan Toyota tidak terhad kepada model kereta sports Toyota GR Supra semata-mata. Dalam perkembangan terbaharu yang dilaporkan oleh Nikkei Asia, dua pengeluar automotif itu akan memperkukuhkan kerjasama yang terjalin untuk membangunkan teknologi hidrogen. Ia bakal menyaksikan Toyota akan...

Pemilik Lamborghini saman PBT selepas terima kompaun enjin bising

Seorang broker insurans yang juga pemilik Lamborghini Huracan Performante model 2018 menyaman Majlis Bandaraya New York selepas tidak berpuas hati dikompaun atas kesalahan bunyi bising. Menurut akhbar New York Post, Anthony Aquilino dikenakan kompaun USD 800 (RM3,462) walaupun supercar miliknya...

Tiga mat rempit tiada lesen ditahan buat aksi ‘Superman’

Tiga penunggang motosikal yang melakukan aksi 'Superman' di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban ketika pulang daripada menjamu selera di Seremban, Negeri Sembilan, menjerat diri selepas ditahan polis pada Khamis. Tangkapan kira-kira jam 2.10 pagi dilakukan sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan...