Perkhidmatan kereta api Bangkok-Padang Besar-Butterworth disambung semula

Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan kereta api terus antara Bangkok, Padang Besar dan Butterworth, menurut State Railway of Thailand (SRT). Ketua Pejabat Gabenor SRT, Ekkarat Sriarayanphong berkata rancangan itu dipersetujui secara prinsip semasa Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42...

Turapan campuran khas tingkat daya tahan, jangka hayat jalan raya

Peningkatan jumlah beban trafik terutama kenderaan berat serta aliran air dalam struktur tanah di bawah turapan menjadi antara penyebab permukaan jalan raya rosak dan berlubang sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut. Mengikut statistik Sistem Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (RAMS), Kementerian Kerja...

Mazda EZ-6 sah jadi model global, tidak lagi eksklusif pasaran China

Mazda EZ-6 merupakan model pewaris tidak langsung kepada sedan segmen D Mazda6 yang telah pun dihentikan produksinya. Ini kerana ia bukanlah dibina atas pelantar Mazda, sebaliknya berkongsi platform dengan model sedan elektrik buatan China, iaitu Deepal SL03 menerusi rakan kerjasama...

Pesawat China lewat sejam gara-gara penumpang enggan letak bag LV bawah kerusi

Penerbangan sebuah pesawat lewat selama sejam, gara-gara seorang penumpang warga China enggan meletakkan bag tangan berjenama di bawah kerusi.  Rakaman insiden itu mendapat sehingga 4 juta tontonan di platform Douyin dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Penumpang wanita yang duduk...

MOT harap inisiatif My50 diteruskan tahun depan – Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan berharap inisiatif My50, yakni pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan untuk penggunaan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang dapat diteruskan untuk tahun depan menerusi Belanjawan 2025, kata Menterinya Anthony Loke. Beliau berkata inisiatif ini dilihat...

Penduduk bengang teksi robot bunyikan hon jam 4 pagi

Bunyi bising daripada sekumpulan kereta autonomi atau teksi robot Waymo di parkir di San Francisco, California, mendatangkan rasa berang dalam kalangan penduduk sekitar akibat tidur mereka terganggu.  Menerusi video yang tular beberapa minggu lalu, Sky News melaporkan robot teksi Waymo...

Dua penjenayah larikan diri 20km sebelum terlibat dalam kemalangan

Dua penjenayah yang melarikan diri sejauh lebih 20km berjaya ditahan selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pengkalan, Alor Gajah, pada pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian lebih...

Tesla jadikan padang rumput panjang lokasi simpanan Model 3 Highlands tidak terjual

Tesla menjadikan padang rumput yang panjang sebagai lokasi simpanan kenderaan tidak terjual di utara Florida, Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna.  Redditor LSDBunnos yang menemui lokasi tersebut berkongsi imej Tesla Model 3 Highland serba baharu yang diparkir di ruangan...

‘Hantu’ sergah pengguna jalan raya akhirnya dicekup

Polis menahan 'hantu' yang menyergah pengguna jalan raya di Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru pada malam Sabtu. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, wanita berusia 31 tahun itu ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah...

Ford Mustang (2025) dapat warna biru klasik, grafik meter SVT Cobra

Sama ada anda sedar atau tidak, 'pony car' Ford Mustang sebenarnya sudah pun menyambut ulang tahun yang ke-60 pada tahun ini sejak ia diproduksikan bermula 1964. Pada bulan April, Ford mendedahkan Mustang 60th Anniversary Package (2025) di mana pada mulanya...