Bajet 2025 : Tambang percuma kepada semua mahasiswa menerusi BAS.MY
Kerajaan terus memastikan sistem pengangkutan awam yang cekap, berpatutan dan selesa untuk manfaat semua rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkhidmatan udara luar bandar Sabah Sarawak diteruskan dengan peruntukan lebih RM200 juta. Ia termasuk membuka laluan baharu dari...
Bajet 2025 : Prasarana asas luar bandar terima peruntukan hampir RM2.9 bilion
Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir 2.9 bilion ringgit.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jalan-jalan kampung akan dibina dan dibaiki seperti di Kota Belud, Sabah; Pasir...
Bajet 2025 : Galakkan peralihan CKD EV, Perodua rancang keluar EV bawah RM100k
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di bawah iktiar peralihan tenaga, kerangka insentif cukai kenderaan elektrik (EV) sedia ada distruktur supaya selari dengan hasrat menggalakkan peralihan kepada pemasangan tempatan (CKD) EV.
"Pada masa ini, syarikat Perodua sedang merancang untuk...
Bajet 2025 : Peruntukkan RM2.8 bilion selenggara jalan persekutuan
Kerajaan perpaduan memperuntukkan sebanyak RM2.8 bilion bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukkan sebanyak RM1 bilion disalurkan bagi penyelenggaraan jalan bukan utama misalnya jalan sekunder, jalan...
Bajet 2025 : Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 sebulan
Menerusi pembentangan Belanjawan 2025, pihak kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 berkuatkuasa tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji RM1,700 sebulan itu akan dilaksanakan pada Februari 2025.
"Penguatkuasaan gaji minimum RM1,700 untuk majikan...
Bajet 2025 : Keuntungan jualan nombor plat khas bantu golongan kurang kemampuan
Menteri kewangan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keuntungan jualan nombor plat khas akan disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Perolehan itu membantu menampung bayaran di bawah MyLesen yang memanfaatkan 15,000 belia misalnya anak muda kurang mampu seperti...
Bajet 2025 : Penyasaran subsidi RON95 dicadang pertengahan 2025
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti...
KPDN Perlis : Masih ada jualan petrol Malaysia di selatan Thai namun terpencil
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis tidak menafikan terdapat kegiatan penjualan petrol bersubsidi yang diseludup dari Malaysia berlaku di selatan Thailand meskipun kes berkenaan terpencil.
Pengarah KPDN Perlis, Hasbillan Abd Rashid berkata walaupun kes berlaku adalah...
80 peratus pembeli GR Corolla 2025 pilih manual – Toyota
Toyota GR Corolla 2025 kini tersedia dengan pilihan transmisi automatik (DAT) sebagai alternatif kepada transmisi manual 6-kelajuan.
Biarpun ramai yang menjangkakan model automatik akan menjadi lebih laris, Toyota pula berpendapat sebaliknya.
Dalam satu temubual bersama laman CarBuzz, pengeluar itu menjangkakan 80...
Pengarah filem dakwa Elon Musk tiru rekaan dalam “I, Robot”
Tesla dalam acara "We, Robot" yang diadakan baru-baru ini mendedahkan tiga benda baharu, kereta swapandu Cybercab, van penumpang Robovan dan robot Optimus.
Nampak canggih dan futuristik, mungkin sekali diinspirasikan daripada filem awal 2000-an "I, Robot".
Namun begitu, rekaan yang ditampilkan oleh...