KX450 Kawasaki -2019

1861

Produk 2 roda semakin hangat,bagai cendawan tumbuh. Motoqar terdengar kisah jentera ini, varian Enduro terkini, Kawasaki KX450 enjin dikatakan lebih berkuasa dan casis aluminium lebih ringan.

Dengan berat 110kg, Kawasaki  mengubahsuai semula motosikal silinder tunggal 449cc itu bagi membolehkan kuasa puncak lebih maksimum serta dilengkapi klac hidraulik dengan tindakan tuil ringan.



kx450

Kawaski KX 450 ini dipadankan dengan bingkai perimeter aliminium yang ringan. Pada masa sama, ia dilengkapi lengan ayun baru bagi meningkatkan daya tarikan dari roda belakang.

kx450

Kestabilan dan kawalan yang lebih jitu dititik beratkan pada model KX 450. Fork 49mm jenis terbalik (inverted coil spring forks) di hadapan sama seperti digunakan motosikal lumba. Sementara brek depan dengan cakera 270mm dan cakera belakang 250mm untuk memberi kuasa cengkaman lebih baik.

kx450

Bagi memudahkan penunggang, pelana direka lebih panjang dan selesa, manakala tangki minyak  ke bawah dan rata. Selain itu, kedudukan enjin terlindung kemas.

kx450

Demi memastikan motosikal memenuhi kehendak penunggang, ia ditawarkan dengan empat pilihan posisi pemegang hendal dan dua kedudukan pemijak kaki yang boleh diubahsuai.

Bagaimanapun, Motoqar difahamkan kx450 hanya ditawarkan dengan warna Lime Green.

Kawasaki Heavy Industries Ltd. adalah syarikat multinasional awam Jepun yang dikenali sebagai pengilang motosikal, peralatan berat, peralatan aeroangkasa dan pertahanan, stok dan kapal rolling. Ia juga aktif dalam pengeluaran robot industri, turbin gas, dandang dan produk industri lain. Syarikat ini dinamakan sempena pengasas Shōzō Kawasaki, dan mempunyai dua ibu pejabat di Chūō-ku, Kobe dan Minato, Tokyo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here