Buat penunggang motosikal, seelok-eloknya tonton video yang kami papar ini sebagai pedoman ketika di jalan raya. Dimana topi keledar menjadi penyelamat nyawa wanita ini.
Video ini memaparkan kejadian yang berlaku di Jinhua, China, penunggang wanita tercampak di bawah lori membancuh simen selepas melanggar pintu kereta.
Agak ngeri apabila kepala penunggang wanita itu digilis tayar lori terbabit, namun dia dikatakan selamat akibat memakai topi dan hanya mengalami luka dan lebam sahaja.
“Tanpa topi keledar, saya rasa saya sudah mati,” kata wanita itu yang dikenali sebagai Zhu.
Topi adalah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah melindungi kepala penunggang daripada hentakan. Walaupun kebanyakan topi keledar memberikan kemudahan tambahan seperti pelindung muka, pelindung telinga, interkom dan sebagainya.
Di Amerika Utara, terdapat dua piawaian terkenal yang diguna pakai bagi menilai keberkesanan topi dalam kemalangan. DOT seringkali dianggap perlindungan minima bagi menunggang secara sah. Snell Memorial Foundation telah memajukan keperluan dan aturan ujian yang lebih tegas untuk topi , termasuk juga topi bagi aktiviti lain (seperti menunggang basikal atau kuda).
Kebanyakan piawaian topi seluruh dunia menggunakan hentakan pada kelajuan 4 hingga 7 meter sesaat. Pada sekilas pandang, ini mengelirukan kerana penunggang motosikal biasanya menunggang pada kelajuan 20 hingga 30 meter sesaat. Kekeliruan ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawa kelajuan hentakan berudut tepat topi biasanya tidak sama dengan kelajuan motosikal dan kekuatan hentakan ditentukan bukan hanya oleh kelajuan kepala tetapi juga bentuk permukaan yang terhentak.