Kawasaki Eksklusif: Ninja ZX-10R baru ditambah kuasa

1719

Kawasaki memperbaharui ZX-10R untuk 2019 dengan lebih banyak kuasa dalam usaha mempertahankan gelaran World Superbike.”Tester” sendiri tidak berpeluang untuk tunggang uji model ZX-10 agak sekian lama.

kawasaki

Perubahan utama untuk tahun 2019 adalah penerapan penggantian injap follower (gambar diatas),menggantikan injap gaya tappet.



Ini membolehkan roda motosikal berpusing lebih cepat dan sudah pasti rpm tinggi boleh dikekalkan. Reka bentuk juga bermaksud injap dalam julat lebih besar, yang membolehkan penggunaan “Cam’ lebih agresif serta meningkatkan kuasa kepada 3bhp untuk 2019.

kawasaki

Injap baru tersedia kepada ketiga-tiga model, manakala edisi terhad 500 buah kawasaki ZX-10RR mendapat sentuhan berbeza demi meningkatkan prestasi tinggi rpm. Pankl rod titanium menjimatkan lebih daripada 400g berbanding dengan motosikal standard.

Versi SE mengekalkan julat teratas(top range) penggantungan separa aktifnya, enjin yang dikemaskinikan dari model asas membanggakan, dan Cat Anti-calar baru yang sangat tahan lama.

Quickshifter yang sebelum ini berada di RR dan SE kini berada pada ketiga-tiga motosikal, dan varian ‘Prestasi’ akan tersedia dalam semua tiga versi.

 

ZX-10R:

kawasakiModel asas mendapat peningkatan enjin yang mengambil kuasa hingga 200bhp. Ia juga mendapat quickshifter dua hala KQS dan warna baru iaitu Lime Green / Ebony / Metallic Graphite Grey.

 

ZX-10RR:

kawasakiModel tempat duduk tunggal yang tertumpu pada litar terhad kepada 500 buah sahaja, rod penyambung titanium, tetapan penggantungan litar yang ditala, 600rpm yang lebih tinggi, dan kelebihan 1 bhp dai versi ZX-10R, dan roda Marchesini yang lebih ringan. Warna Lime Green sahaja.

ZX-10R SE:

Berdasarkan versi model R,kelebihan ZX10-R-SE adalah penggantungan elektronik canggih Kawasaki (KECS). Warna yang tersedia adalah Metallic Carbon Grey / Neutron Silver / Hijau limau,Paling menakjubkan cat versi SE adalah anti calar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here