TERKINI: Romano Fenati dipecat

1015

Pasukan Marinelli Snipers akan menamatkan kontrak penunggang Romano Fenati, mulai sekarang. Ini kerana kelakuannya yang tidak berjiwa sukan, berbahaya dan merosakkan imej semua.

Insiden mengejutkan oleh Romano Fenati terhadap Stefan Manzi ketika Grand Prix Misano Moto2 Ahad lalu, Fenati dengan sengaja menarik brek hadapan motosikal Manzi semasa perebutan di litar yang lurus pada pusingan terakhir. Nasib menyebelahi Manzi yang masih dapat mengawal motosikal sehingga garisan penamat.

Romano Fenati dan pasukannya telah dikenakan tindakan di larang menyertai dua perlumbaan.



‘Ia tidak akan berlaku, dia tidak mewakili nilai sebenar syarikat kami’ – Giovanni Castiglioni MV Agusta. Penunggang tersebut dari saat ini, tidak akan beraksi lagi dalam perlumbaan dengan pasukan Marinelli Snipers.

‘Pengurus pasukan, Marinelli Cucine, Rivacold dan semua penaja lain dan rakyat yang sentiasa menyokongnya, meminta maaf kepada semua peminat Kejohanan GP Dunia.’

Sebelum ini Fenati telah diumumkan akan menyertai projek MV Agusta Moto2 yang baru musim depan. Dibawah kendalian pasukan Forward Racing.

Bos MV Agusta, Giovanni Castiglioni berkata perjanjian Fenati dengan MV Augusta kini

“Tidak akan berlaku! Dengan penuh penyesalan, kita perlu ambil perhatian bahawa perbuatan tidak bertanggungjawabnya membahayakan nyawa pelumba lain dan tidak boleh dimaafkan, sama sekali tidak.”

“Mengenai kontraknya sebagai pelumba MV Agusta Moto 2 di musim akan datang, saya akan menghalang dengan apa cara sekalipun untuk menghentikannya. Tidak akan berlaku, dia tidak mewakili nilai sebenar syarikat kami.”

Giovanni Castiglioni menegaskan pendiriannya berikutan insiden yang dilakukan dengan sengaja oleh Romano Fenati.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here