Skuter edisi terhad penuh stail – Vespa 946

3241

Naza Premira Sdn Bhd lancar skuter edisi terhad menerusi Vespa 946, Vespa Sprint Carbon dan Vespa Sei Giorni buat pasaran Malaysia.

Vespa menonjolkan ciri-ciri elegan Itali dan daripada ketiga-tiga model itu, Vespa 946 merupakan skuter yang paling menawan dan harganya juga tidak kurang ‘unik’ apabila berharga RM66,000.Vespa 946

Skuter eksklusif itu hadir ciri klasik vespa dilengkapi teknologi terkini dan sesuai bagi mereka mahu reka bentuk unik serta versatil.  

Menariknya lagi tentang Vespa 946 ini, ia menggunakan komponen aluminium membabitkan madgad, penutup sisi enjin, transmisi dan bahagian dalam enjin.



 

Bukan sahaja memiliki reka bentuk luaran yang cantik, skuter unik ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik apabila dilengkapi dengan padanan sistem brek berkembar yang dilengkapi ABS dan Anti-Slip.

Rangkaian kuasanya menggunakan enjin silinder tunggal bersesaran 150cc dengan tiga injap. Ia memberi tahap penggunaan bahan api minimum dan emisi lebih rendah.Vespa Sprint Carbon

Jentera ini adalah versi skuter paling ideal bagi mereka mahukan rekaan luaran lebih sporty.

Vespa Sprint Carbon menggunakan kerangka kecil diperbuat daripada keluli dan tampak menonjol dengan paparan lampu segi empat tepat. Selain itu, dilengkapi rim bersaiz 12 inci.

Ia menggunakan enjin i-Get bersesaran 150cc daripada Piaggio Group yang mempunyai sejukan udara dikatakan mampu merendahkan kos operasi dan mengurangkan bising yang menawarkan tungangan yang selesa dan lebih lancar.

Sebagai tambahan, ciri kemudahan lain yang dimiliki Vespa Sprint Carbon adalah seperti soket USB dan dilengkapi ABS sebagai ciri standard. Skuter yang berwarna hitam ini ditawarkan dengan harga RM17,400.

Vespa Sei Giorni

Ia dibina sempena memperingati Vespa Sport Sei Giorni. Ia memenangi sembilan pingat emas pada ‘Six Days International of Varese’ pada 1951. Oleh kerana itu ia dinamakan dengan nama Vespa Sei Giorni atau bermaksud ‘Enam Hari’.

Skuter yang dilengkapi gaya klasik ini dibangunkan mengunakan Vespa GTV terkini.

Selain dilengkapi hendal khas inspirasi skuter asal sebelum ini, ia dapat dibezakan melalui pemasangan pendakap optik yang lebih rendah pada dapra hadapan.

Model ini diinspirasikan daripada skuter lama yang mana panel instrumennya juga menggunakan bentuk bulat yang elegan serta paparan speedometer analog pada latar belakang putih.

Vespa Sei Giorni itu dikuasakan enjin empat lejang 300cc dengan sejukan cecair yang menghasilkan 21hp serta tork sertinggi 22Nm.

Skuter ini berharga RM38,000 dan hanya hangir dengan warna hijau unik seperti ini.

Menarik betul 3 varian Vespa ini kan? Unik, Sporty dan ranggi walaupun ia masih ada ciri-ciri Vespa yang terdahulu.

Yang mana satu menjadi pujaan hati anda? Sediakan duit yang mencukupi!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here