
Mitsubishi mendedahkan gambar teaser model Triton keluaran baru yang diinspirasikan dari modelnya yang terdahulu iaitu Xpander.
Berdasarkan gambar teaser yang disebarkan, bahagian depan jentera itu dinaik taraf dimana lampunya digantikan LED headlight dan LED DRL seakan-akan Mitsubishi Xpander.
Selain itu, jeriji dan lampu kabus juga mirip dengan Xpander yang lebih tirus.
Paling menarik, jentera terbabit difahamkan menggunakan rim rekaan baru. Ia juga lampu belakang yang mempunyai ciri baru tidak seperti rekaan sedia ada.
Sementara itu, adakah jentera terbaru daripada Mitsubishi ini bakal dilancarkan tak lama lagi.
Apa pandangan anda tentang reka bentuk model Triton yang baru ini dan rasa-rasanya boleh lawan trak pikap lain tak?
Baca juga: