Ferrari Icona Monza SP1 & SP2- Model ‘kembar’ terbaru edisi terhad

2129

Secara rasminya Ferrari memperkenalkan siri terbaru Monza yang sangat elegan dan jentera hebat ini dinamakan Icona Monza SP1 dan Icona Monza SP2.

Kedua-dua model ini diinspirasikan daripada Ferrari klasik tahun 1950-an namun yang pasti Ferrari baru ini lebih hebat dari model yang terdahulu.

Ferrari memperkenalkan Monza

Kereta ini pastinya sangat laju kerana ia dikatakan mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang terbaik berbanding mana-mana jenis ‘barchetta’.



Ini disebabkan model ‘kembar’ ini dilengkapi dengan gentian karbon yang banyak dan juga enjin Maranello yang digunakan.

Ia menggunakan enjin V12 6.5 liter yang menghasilkan 809hp (603 kilowatts). Ia mampu mencapai tahap kelajuan 100 kilometer/jam (km/j) dalam hanya 2.9 saat dan kelajuan maksimum lebih daripada 300km/j.

Ferrari Monza SP1

Icona Monza SP1 hanya mempunyai satu tempat duduk, erti kata lain kereta ini hanya boleh memuatkan pemandu sahaja. Jika anda inginkan penumpang, Monza SP2 adalah jawapannya kerana Monza SP2 dilengkapi dua tempat duduk.

Pintunya yang versatil dibuka keatas dan sudah pasti rekaan dalamannya yang minimal sangat sesuai dengan saiz jentera itu.

Ferrari Monza SP2

Pelancaran Model ini pastinya ditunggu-tunggu peminat kereta klasik yang mengharapkan lebih banyak kereta yang diinspirasikan daripada kereta klasik yang terdahulu.

Namun harga dan bilangan kereta yang bakal dikeluarkan belum lagi dimaklumkan.

Model kereta baru yang diinspirasikan dari kereta klasik pastinya lebih menarik kerana sudah tentu rekaan dan teknologinya diperbaharui.

Apa pendapat anda tentang kereta yang diinspirasikan daripada model klasik? Adakah ia lebih baik atau anda lebih suka model ciptaan baru?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here