Honda Malaysia tawar diskaun Civic Type R sehingga RM20,000

3576

Sebagai menyambut bulan istimewa September ini, Honda Malaysia melancarkan Kempen Keseronokan Berganda dengan tawaran rebat menarik untuk pelanggan setianya.

Selain menjadi bulan pembentukan Malaysia, Honda Malaysia pula meraikan ulang tahunnya ke-70.

Honda Malaysia – Bonus / Diskaun

Honda Malaysia - Bonus / Diskaun



Setiap pelanggan kini boleh menikmati bonus berganda dalam bentuk Honda Bonus dan Bonus Ulang Tahun Ke-70 Honda.

Antaranya, pembelian model Civic akan menerima bonus RM2,500 sementara model Civic Type R pula bakal menikmati rebat sehingga RM20,000 berdasarkan terma dan syarat.

Honda Civic

 

Honda Civic
Honda Civic

Model terpilih lain juga tidak terkecuali dengan rebat menarik bermula 1 hingga 30 September 2018.

Sepanjang kempen ini, perlanggan boleh menyertai peraduan Joy of Buying dan berpeluang memenangi Honda City yang menjadi hadiah utama.

Selaku jenama bukan nasional nombor 1 bermula Januari hingga Julai 2018, Honda Malaysia terus bekerja keras untuk mengekal dan mengukuhkan posisinya di pasaran tempatan.

Honda City

Honda City
Honda City

Sepanjang tempoh ketiadaan cukai selama tiga bulan (1 Jun hingga 31 Ogos) Honda Malaysia mencatat prestasi jualan memberangsangkan apabila menjual lebih 35,000 unit kenderaan. Angka itu mewakili 47 peratus jualan keseluruhan bermula Januari hingga Ogos tahun ini.

Honda CR-V

Honda CRV
Honda CRV

Sepanjang tempoh itu, model City, Civic dan Jazz menjadi pilihan pelanggan.

Honda City mencatatkan angka jualan terbaik sebanyak 35 peratus, diikuti oleh Civic (17%) dan Jazz sebanyak 15 peratus.

Honda Jazz

Honda Jazz
Honda Jazz

Dari segi lokasi pula, wilayah tengah menyumbang jualan tertinggi dengan 48 peratus.

Honda Malaysia akan terus mengadakan lebih banyak kempen dan -produk menarik termasuk HR-V baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Honda BR-V

Honda BRV
Honda BRV

Pada masa sama, maklum balas yang baik terhadap model hibrid membolehkan Honda Malaysia bakal mengumumkan harga baharu untuk model hibrid pemasangan tempatan (CKD). Maklumat lanjut mengenai kempen Double Joy and Joy of Buying, barisan model Honda dan perkhidmatan selepas jualan boleh menghubungi talian bebas tol Honda: 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Apa kata peminat Honda? Nyatakan dalam komen di bawah!

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here