Seorang pemandu dan penumpang mengakhiri sesi ‘pelajaran’ parkir kereta dengan terjunam ke dalam kolam renang awam.
Lelaki dan wanita lingkungan 60-an itu berjaya menyelamatkan diri daripada lemas. Mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden yang tidak diingini itu.
Kejadian itu dikatakan berlaku apabila lelaki tersebut ingin beri tunjuk ajar tentang cara-cara parkir yang betul kepada penumpang wanita itu di luar Kolam Pusat Komuniti di Maryland, Amerika Syarikat.
Sesi ‘pelajaran’ cara parkir kereta bertukar menjadi sesi ‘belajar’’ renang apabila kenderaan yang dipandu merempuh dinding seterusnya terjunam ke dalam kolam pusat komuniti itu.
Mereka agak bernasib baik kerana kolam itu tidak begitu dalam dan kejadian itu berlaku pada hari kolam itu ditutup.
Bahaya betul bukan? Betul la malang tidak berbau, tapi kita boleh cuba untuk elak kejadian tidak diingini seperti ini daripada berlaku.
Sekiranya anda ingin berlatih cara memandu atau cara parkir yang betul, pastikan anda memilih tempat lapang dan tidak sibuk.