Nombor pendaftaran kenderaan RR1 yang sesuai untuk kenderaan Roll-Royce ini dijual pada harga £460,000 (RM2485656.00), harga kedua tertinggi yang dibayar di majlis pembidaan Goodwood Revival di Sussex Timur, London.
Ia gagal mendapat pembidaan £500,000 di majlis pembidaan itu, namun harganya yang mahal itu setanding dengan sebuah Roll-Royce Phantom.
Plat pendaftaran itu dibeli oleh seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya. Tidak diketahui juga ia dibeli untuk tujuan pelaburan mahupun akan digunakan pada Roll-Royce.
Apa pendapat anda tentang membelanjakan sejumlah wang yang banyak hanya untuk nombor plat pendaftaran yang dikatakan ‘cantik’?
Sedikit maklumat tentang no plat malaysia yang paling mahal :
Pada Oktober tahun lalu, Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeev turut dilaporkan berbelanja besar sebanyak RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Namun, berdasarkan rekod, harga tertinggi yang dibayar untuk lelongan nombor plat kenderaan di Malaysia dipegang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan harga RM520,000 pada tahun 2012 untuk nombor kenderaan WWW1.
Sebagai pengesahan, berikut adalah beberapa senarai nombor plat kenderaan paling mahal berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman sesawang JPJ serta dikumpulkan oleh tallypress.com pada Jun lalu.
WWW 1 – RM520,000 (Sultan Johor)
WWW 3 – RM360,000
WWW 9 – RM350,000
MCA 1 – RM300,100
RM 8 – RM297,000
WWW 5 – RM220,000
TAY 1 – RM242,000
BMW 5 – RM188,100
BMW 8 – RM174,776
BMW 11 – RM165,000
WWW 888 – RM165,000
WWW 99 – RM145,000
BMW 3 – RM132,000
WWW 333 – RM110,036
BMW 6 – RM97,777.00 (Datuk Lee Chong Wei)