Hennessey Goliath jentera gergasi 6×6 bernilai RM1.5 juta

1768

Hennessey Goliath gergasi ini dibangunkan hasil inspirasi daripada trak pikap Chevrolet Silverado dari versi Trail Boss Z71. Goliath menyertai ‘VelociRaptor6x6’ yang dibina daripada model Ford Raptor sebelum ini.

Jentera gergasi ini dilengkapi dengan enjin pakej HPE700 Supercharged bersama dengan sistem supercharger 2.9 liter. Ia juga memiliki boost setinggi tujuh psi dan sistem ekzos logam.

Hennessey Goliath 6×6

Selain daripada enjin, Goliath juga hadir dengan rim 20-inci dengan saiz tayar off-road 37-inci, palang baru serta lampu LED dan bampar Hennessey.



Harga yang ditetapkan untuk trak pikap gergasi ini ialah US$375,000 (RM1,553,175) dan diberi jaminan selama tiga tahun/57,936 km (36,000 batu).

Goliath 6×6

Pembinaan Goliath ini juga adalah terhad kepada 24 buah sahaja yang akan dibina dan dieksport ke pasaran antarabangsa.

Kuasa yang diberikan kepada jentera gergasi ini sangat hebat setanding dengan reka bentuknya. Apa pendapat anda tentang trak pikap seperti ini? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here