Nampaknya Pucuk Dicita, Ulam Mendatang. Apa tidaknya Motoqar dok mengendap motosikal diluar negara tiba-tiba datang berita terkini, Si cilik mungil masuk ke negara kita dengan gaya cutenya. “Honda Monkey” gitu lah gelaran diberi.
Motosikal Mini yang ikonik di dunia. Motosikal mini yang unik dikagumi oleh peminat serata dunia termasuk Malaysia. Boon Siew Honda dengan rasminya telah melancarkan Model motosikal mini dengan enjin bersesaran 124cc.
Honda Monkey 2018 berketerampilan retro yang diadunkan dengan gaya moden. Pelbagai ciri terkini terdapat pada motosikal ini.
- Lampu Depan LED.
- Lampu Belakang LED dan lampu signal LED.
- Meter Digital dengan paparan LCD.
- Kotak Simpanan Alat Penjagaan.
- Alarm dan Answer Back System.
- Never Lower Muffler.
Kekerdilannya tidak berarti tempat duduknya rendah. 775mm itu menyamai ketinggian tempat duduk motosikal biasa. Suspensi belakang dwi dan mempunyai tahan penggantungan sebanyak 4 inci serta kelegaan tanah 160mm.
Terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan iaitu, Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue dan Banana Yellow. Kesemua warna tersebut adalah gabungan krom dan skim warna yang terang.
Harga :
RM13,999.00
Honda Monkey kini boleh didapati di pengedar sah Boon Siew Honda.