P2X – Konsep motosikal baru Peugeot diperkenal

1322

Peugeot telah memperkenalkan motosikal konsep baru dalam dua format berbeza di Paris Motor Show. P2X itu ditunjukkan dalam format Cafe Racer 125cc dan Roadster 300cc dengan gaya Neo-Retro.

Peugeot P2X
Peugeot P2X

Kedua-dua motosikal ini mempunyai ciri-ciri double overhead cam, single-cooled singles, USD forks dan shock twin. Versi 125cc pengayaan dari Peugeot 515 pada tahun 1930-an.

Logo Legend motosikal Peugeot terdapat di sisi panel versi Roadster 300cc yang menggunakkan rim lidi berkrom.



Versi Care Racer 300cc tersedia dengan warna Sport Peugeot serta bar di klipkan dan satu tempat duduk.

Kedua-dua motosikal mempunyai ABS depan dan belakang, 5 warna penuh TFT meter. Serta lengkap dengan i-Connect Bluetooth untuk pasangan telefon pintar dan GPS.

“Kepulangan Peugeot ke dunia motosikal menyuntikkan lebih banyak emosi ke dalam bentuk misi yang dimandatkan kepada saya oleh syarikat Perancis yang sudah berusia 120 tahun,” kata Damien Basset, Pengerusi Pembentukan di Peugeot Motorcycles.

 

“Kami telah memberi tumpuan besar kepada motosikal kegunaan di bandar ini, mengkaji setiap milimeter setiap permukaan. P2X adalah motosikal Peugeot terkini. “

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here