Ford Everest baharu dengan enjin diesel Bi-Turbo

1717

Kereta utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana Everest yang telah dipertingkatkan dilancarkan oleh Ford Motor Company bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC).

SUV ini kini hadir dengan aspek keupayaan, kecekapan dan keselamatan ke satu tahap lebih tinggi. Ia dapat dilihat menerusi prestasi di atas jalan biasa dan jalan yang lasak, teknologi termaju, reka bentuk mantap dan ruang kabin yang lebih selesa.

Everest baharu terus meningkatkan penanda aras dalam segmen SUV dan melebarkan tarikannya dipasaran,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong.



“Kami teruja untuk melihat pelanggan memandu Everest baharu dan merasai sendiri keseronokan yang mampu ditawarkan oleh Everest baharu dalam setiap perjalanan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Selaku SUV yang canggih dan berteknologi tinggi, Everest baharu meneruskan peranannya melalui sistem bantuan pemandu, tahap kelengkapan serta dinamik yang lebih baik. Ciri-ciri ini menjadikannya sebuah jentera yang lincah di bandar dan cukup mantap di laluan lasak.

Antara ciri-ciri baharu yang terdapat pada Everest termasuklah pintu belakang (liftgate) kuasa bebas tangan, SYNC ® 3, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin yang meningkatkan kemudahan pemandu. Pintu belakang kuasa bebas tangan ternyata mampu memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja. Jika tangan anda penuh dengan barang, cuma perlu gerakkan kaki di bahagian bawah bampar belakang untuk membukanya secara automatik.

SYNC ® 3 dengan Apple CarPlay dan Android Auto kini menjadi ciri standard untuk semua varian Everest. Ia turut dilengkapi bersama Bluetooth, 10 unit pembesar suara dan skrin sentuh warna bersaiz 8.0 inci.SYNC ® 3 membolehkan penggunaan Waze dan Google Maps dan pengecaman suara yang telah ditambah baik juga membantu pemandu untuk kekal berhubung. Ia juga dapat memastikan keselamatan pemandu apabila pemandu boleh fokus ke atas jalan raya.

Antara ciri standard pada varian Everest baharu kali ialah sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup. Ia membolehkan pelanggan menghidupkan enjin dengan lebih cepat, meningkatkan kemudahan, serta lebih mudah untuk keluar masuk.Ford Everest baharu turut mengekalkan teknologi bantuan pemandu yang membolehkan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan luar biasa dengan yakin, ini termasuklah:

  • Kawalan Meluncur dengan Pengehad Kelajuan Boleh Ubah
  • Kluster Instrumen Multi-pintar – membolehkan pemandu melihat apakah fungsi yang sedang digunakan oleh Everest pada bila-bila masa dengan sekali imbas sahaja
  • Sistem Pengurusan Laluan (Terrain Management System) – memberikan kenderaan keupayaan sewajarnya untuk menempuh apa jua laluan yang mencabar
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control)
  • BLIS – Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System) dengan Cross-Traffic Alert
  • MyKey

Manakala rekaan mantap Everest diperhalusi lagi dengan gril baharu. Ia melibatkan kemasan tekstur pada gril, di samping kemasan krom sedia ada pada Everest. Varian Everest Titanium dilengkapi rim aloi bersaiz 20 inci dengan rekaan jejari terpisah. Penampilan yang premium diserlahkan lagi dengan kemasan warna lebih gelap pada permukaan rim aloi itu.

Kemasan warna hitam yang dipasang pada ruang kabin yang luas memberikan rasa yang lebih premium. Permukaan lembut pada titik-titik sentuhan di seluruh kabin menambah baik aspek keselesaan dan kualitinya. Jahitan kontras dan kemasan krom lebihmenonjol berbanding sebelum ini dengan penggunaan warna dalaman yang hitam.

Bukan itu sahaja, ruang ekstra pada varian Everest Titanium boleh digunakan dengan hanya menekan satu butang. Malah, tempat duduk kuasa lapan talaan dan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat dengan mudah. Ia jelas dapat memberikan ruang yang cukup untuk mengangkut semua peralatan dan keperluan perjalanan anda sepanjang hujung minggu.

Dengan tujuh beg udara, Everest baharu tidak berkompromi dari segi keselamatan. varian Everest Trend dan Titanium menawarkan perlindungan terbaik menerusi beg udara untuk pemandu, penumpang hadapan, beg udara sisi pada tempat duduk, beg udara sisi dan jendela, dan beg udara pada bahagian lutut pemandu.

Dari segi kuasa pula, varian Everest dilengkapi dengan kuasa yang canggih. Enjin Bi-turbo diesel bersesaran 2.0L generasi baru Ford dipadankan dengan transmisi automatik 10- kelajuan. Ia menawarkan kuasa mencecah 213PS (157kW) untuk menambah baik aspek pemanduan yang lebih fleksibel, senyap dan selesa.Enjin Bi-Turbo menawarkan agihan kuasa tork yang lebih baik dengan kuasa 500Nm boleh dicapai pada tahap serendah 1,750rpm. Transmisi 10 kelajuan dengan nisbah pendek itu mengurangkan jurang di antara kuasa dan pecutan. Ia membolehkan usaha mendaki bukit yang curam dan licin lebih mudah menggunakan Everest Titanium.

“Enjin diesel 2.0L dan transmisi automatik 10-kelajuan baru jelas meningkatkan penanda aras dari segi kelancaran serta keupayaan di atas jalan biasa dan jalan yang lasak,” kata Ketua Jurutera Program Ford Everest, John Willems.

Keupayaan lasak pada Everest baharu yang telah dipertingkatkan disesuaikan dengan kelancarannya di atas jalan biasa.Sekali gus dapat menawarkan pengalaman menaiki kenderaan yang lebih lancar dan senyap kepada penumpang. Pemanduan Everest menjadi lebih mantap di atas jalan biasa mahupun di jalan lasak kerana semua model ini memanfaatkan aspek geometri suspensi yang telah disemak semula.

Everest baharu ditawarkan pada harga berikut:
Trend – RM228,888.00
Titanium – RM258,888.00

Everest didatangkan dalam empat warna menarik – perak (Diffused Silver), merah (Sunset), kelabu Meteor (Meteor Grey) dan hitam (Shadow Black).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here