Jom bawa pulang Toyota Sienta

1998

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2018, pelanggan yang ingin membeli kenderaan baru dari Toyota berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk empat MPV Toyota Sienta sebagai hadiah utama.

Mengumumkan kempen ‘All About The Drive Bonanza’ yang terbaru anjurannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd memaklumkan, pelanggan boleh mengambil bahagian di dalam tiga peraduan berasingan sebelum dalam proses mereka menjadi pemilik kenderaan Toyota.

Pandangan sisi Toyota Sienta
Pandangan sisi Toyota Sienta

Kempen ‘All About The Drive Bonanza’ bermula sebaik sahaja pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota untuk memandu uji. Termasuk mana-mana model terbaru jenama itu.



Selepas selesai pandu uji, mereka akan menerima cenderahati serta layak untuk menyertai satu peraduan. Hanya memerlukan mereka untuk menjawab soalan kuiz yang mudah.

Untuk ini, mereka berpeluang memenangi hadiah telefon pintar dan juga peranti mudah alih yang lain.

Dalaman - Toyota Sienta
Dalaman

Selepas pelanggan membuat tempahan ke atas kenderaan Toyota, mereka layak pula untuk menyertai satu lagi peraduan yang menawarkan pakej percutian.

Peluang menangi MPV Toyota Sienta

Kemudian, jika pelanggan meneruskan tempahan untuk pembelian berkenaan, mereka akan berpeluang menyertai sebuah lagi peraduan terakhir. Yang mana untuk merebut hadiah utama berupa empat buah model MPV Toyota Sienta.

Dalaman Toyota Sienta
Dalaman

“Kami mengalu-alukan pelanggan untuk berkunjung ke bilik pameran Toyota dan memandu uji model-model baru yang ada ketika ini untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan setiap daripada model berkenaan.

“Pada masa sama, kami juga ingin pelanggan tahu memiliki kenderaan Toyota merupakan satu pengalaman yang mempunyai banyak kelebihan dan menguntungkan pelanggan.

‘All About The Drive Bonanza’ juga adalah cara kami berterima kasih kepada pelanggan yang selama ini telah banyak memberi sokongan kepada Toyota,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran.

Kenderaan penumpang keluaran Toyota hadir dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan.

Sebagai tambahan, pemilik baru turut akan menikmati Bantuan Jalanan 24/7 bagi tahun pertama pemilikan. Sokongan lengkap lepas jualan juga disediakan di semua rangkaian pusat servis sah Toyota seluruh negara.

Toyota Sienta
Toyota Sienta

Bilik pameran Toyota dibuka sepanjang minggu dan pada 21 & 22 Oktober ini akan berlangsung ‘Toyota Weekender’. Yang akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga, termasuk jamuan ringan.

Ketahui lokasi bilik pameran Toyota berdekatan anda melalui laman toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol di 1-800-8-TOYOTA (869682).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here