Salah satu keadaan yang sangat tidak ingin dialami pemandu ketika dalam perjalanan adalah apabila lampu pengesan suhu tiba-tiba menyala. Ini menunjukkan enjin mengalami kepanasan ekstrem atau pun yang dipanggil ‘overheat’.
Banyak sebab terjadinya kepanasan melampau pada enjin ini dan ia mungkin boleh terjadi apabila terdapat komponen yang tidak berfungsi dengan baik.
Antara komponen tersebut adalah seperti radiator, dinamo mahupun kipas enjin tidak berfungsi dengan baik.
Bagi mengelak ‘overheat’ pengguna harus memastikan air radiator, radiator dan kipas enjin berfungsi dengan normal.
Sekiranya dinamo kipas enjin sudah mula lemah menyebabkan kipas tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan radiator .
Hal ini menyebabkan suhu meningkat yang menyebabkan lampu pengesan suhu menyala.
Sekiranya hal ini terjadi kepada anda, jangan panik. Perkara yang anda perlu lakukan ialah mencari tempat yang sesuai untuk berhenti dan matikan enjin selama 15-20 minit.
Setelah itu, pemeriksaan terhadap air radiator, kipas enjin dan komponen lain perlu dilakukan. Ini bagi memastikan setiap komponen berfungsi dengan baik.