Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas peluang meraih podium kedua dalam Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC). Ini kerana dia menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam perlumbaan itu.
Perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) itu berlangsung di Sentul, Indonesia. Perlumbaan itu dimenangi Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) dengan masa 24’18.014s. Diikuti Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat kedua dengan masa 24’21.200s.
Zaqhwan Zaidi di tempat keempat
Zaqhwan Zaidi, pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’23.515s. Dia mendapat tempat keempat dengan perbezaan masa hanya 0.220s dengan pemenang tempat ketiga, Ratthapong Wilairot (YAMAHA Thailand Racing Team).
“Saya terpaksa akur dan berpuas hati di tempat keempat setelah bersaing sengit bersama Ratthapong. Walaupun sedikit kecewa, namun saya masih berjaya mengumpul mata. Ini menjadikan persaingan memburu gelaran keseluruhan kembali terbuka menjelang perlumbaan terakhir nanti,” jelas Zaqhwan Zaidi.
Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang tidak beraksi di Sentul masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan. West berjaya mengumpul 136 mata dalam perlumbaan ini.
Diikuti oleh Azlan Shah dengan 102 mata dan tempat ketiga milik Andi Farid yang mengumpul 99 mata bersama-sama Yudhistira. Manakala Zaqhwan pula berada di kedudukan kelima dengan mata terkumpul sebanyak 94 mata.
Barisan pelumba negara kembali menguasai perlumbaan Underbone 150cc apabila duo UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di atas podium.
Berjaya menebus kehampaan Perlumbaan 1 apabila Md Haziq Md Fairues muncul juara perlumbaan dengan masa keseluruhan 18’26.338s. Manakala Akid di kedudukan ketiga dengan masa 18’26.388s.
M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting), juara Perlumbaan 1 sekali lagi menaiki podium apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 18’26.344s.
Manakala Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) menamatkan perlumbaan di tempat keenam berjaya mengumpul 164 mata semakin menghampiri gelaran keseluruhan.
Sementara itu, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang tidak beraksi mengumpul 122 mata. Di tangga ketiga pula ialah Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) dengan 96 mata.
Pusingan terakhir ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 30 November hingga 2 Disember depan.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2, PUSINGAN 5 ARRC
SUPERSPORTS 600CC
- Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 24:18.014s
- Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 24:21.200s
- Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 24:23.295s
- Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 24:23.515s
- Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team Honda 24:27.245s
Kedudukan Keseluruhan
- Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata
- Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 102 mata
- Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing 99 mata
- Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 99 mata
- Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 94 mata
ASIA PRODUCTION 250CC
- Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 20:37.542s
- Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20:37.580s
- Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 20:45.417s
- Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 20:45.427s
- Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 20:50.937s
Kedudukan Keseluruhan
- Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 193 mata
- Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 126 mata
- Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata
- Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 117 mata
- Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 113 mata
UNDERBONE 150CC
- Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.338s
- M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Sporting 18:26.344s
- Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.388s
- Wawan Wello (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 18:26.584s
- Reza Fahlevi (INA) Usaha Jaya Racetech Cargloss 18:26.882s
Kedudukan Keseluruhan
- Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 164 mata
- Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 122 mata
- Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 96 mata
- Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 87 mata
- Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 83 mata