Honda telah mengeluarkan jentera yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak dipanggil Fun Bikes dan sangat sesuai untuk mereka yang baru mula belajar menunggangnya.
Ianya bermula dengan CRF50F yang sangat popular daripada Honda. Jentera ini bersaiz kecil namun sesuai sebagai permulaan kerana ia hadir dengan klac automatik.
Ia memudahkan si kecil untuk menukar gear tanpa perlu bimbangkan jentera itu akan terhenti.
Terdapat juga model Fun Bikes yang lebih besar namun mudah ditunggang dan sangat mudah di kendali iaitu model CRF125F/CRF125FB.
Anak-anak anda pasti akan gembira jika ianya dijadikan sebagai hadiah kepada mereka. Ditambah pula dengan aksesori seperti topi keledar, jaket dan sarung tangan.
Jentera itu hadir dengan silinder tunggal 149cc dan enjin empat-lejang dan casis yang sesuai untuk kanak-kanak.
Jika anda inginkan jentera beroda empat, TRX90X merupakan pilhan yang paling sesuai untuk anak anda.
Ia dilengkapi dengan enjin empat lejang 86cc dan merupakan varian ATV yang lebih besar berbanding model lain untuk kanak-kanak.