Harga Porsche berkarat ini lebih mahal daripada 911 baharu

3960

Porsche 1600 Super Speedster keluaran 1958 ini disimpan sejak 1983 yang dibiarkan berkarat dan tidak dibaiki. Bagaimanapun, Porsche berkarat ini sebenarnya sangat berharga kerana ia dinilai oleh pakar kereta klasik. Harga jentera ini mampu mencecah antara £95,000 dan £115,000.

Porsche berkarat model 1600 Super Speedster 1958
Porsche berkarat model 1600 Super Speedster 1958

Ini bermakna Porsche 1600 Super Speedster yang kelihatan uzur dan buruk ini lebih mahal berbanding model baharu Porsche 911.

Jentera yang akan dilelong RM Sothebys akan memerlukan proses restorasi yang sangat banyak.



Difahamkan, pemilik asalnya membeli jentera ini untuk proses restorasi semula pada 1983, tetapi dibiarkan diletak di gudang di Dallas, Texas, selama tiga dekad.

Kereta itu sudah lama tidak dipandu dan kali terakhir pembaharuan lesen Texas pada 1983.

Berdasarkan jurujual kereta itu, pemilik baharu perlu menukar beberapa komponen besi di setengah bahagian termasuk tempat kaki, but, lantai dan kotak bateri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here